81% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.81% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
Apakah pilihan pembayaran yang disediakan untuk deposit?

Saluran deposit berbeza di antara negara-negara / kawasan.
China: Kad Kredit/Debit (China Union), WeChat Pay, Alipay
Malaysia: FPX Payment, Online Banking
Antarabangsa: Kad Kredit/Debit (VISA, MASTER, AMEX), BitPay, Neteller, Skrill, Wire Transfer

Apakah nilai akaun minima untuk berdagang?

Sementara kami mengesyorkan deposit awal minima €/$/£ 500 (bergantung kepada mata wang asas anda ), anda boleh mula berdagang dari serendah €/$/£100.

Sementara kami mengesyorkan deposit awal minima €/$/AU$500 (bergantung kepada mata wang asas anda ), anda boleh mula berdagang dari serendah €/$/AU$ 100.
Saya telah membuat deposit terus melalui Skrill. Apakah langkah seterusnya?

Jika anda telah membuat bayaran deposit terus kepada GCMAsia melalui Skrill, sila pastikan anda menghantar salinan resit deposit melalui emel kepada kami di alamat [email protected] untuk memasukkan dana dan mengaktifkan Akaun Dagangan Sebenar anda (Real Trading Account)

Saya telah membuat deposit terus melalui Kad Kredit. Apakah langkah seterusnya?

Jika anda telah membuat bayaran deposit terus kepada GCMAsia melalui kad kredit, sila pastikan anda menghantar salinan kad kredit anda melalui emel kepada kami di alamat [email protected] atau kepada pengurus akaun anda untuk memasukkan dana dan mengaktifkan Akaun Dagangan Sebenar anda (Real Trading Account) Anda wajib memberi salinan-salinan kedua-dua muka depan dan belakang kad anda. Untuk keselamatan, anda boleh tutup Kod Keselamatan Kad (CSC) atau Nombor Pengesahan Kad 3 Digit (CVV) pada muka belakang kad.

Saya telah membuat deposit terus melalui wire transfer. Apakah langkah seterusnya?

Jika anda telah membuat bayaran deposit terus kepada GCMAsia melalui wire transferwire transferwire transferwire transfer, sila pastikan anda menghantar salinan resit wire transfer anda kepada kami melalui emel di alamat [email protected] untuk memasukkan dana dan mengaktifkan Akaun Dagangan Sebenar anda (Real Trading Account).

Bagaimana jika deposit gagal?

Berikut adalah senarai sebab-sebab yang biasa didapati dalam kegagalan deposit.

  • Semak semula maklumat kad kredit yang anda isikan dan pastikan ia betul. Anda mungkin telah mengisikan nombor yang salah di mana ia akan menyebabkan sistem kami gagal mengenal pasti kad anda secara betul.
  • Pastikan kad kredit anda belum luput. Jika inilah situasi anda, sila cuba lagi dengan kad kredit lain atau hubungi bank anda untuk sokongan.
  • Sesetengah kad-kad kredit mempunyai had maksima untuk setiap transaksi tungal. Jika inilah situasi anda, kami mengesyorkan anda cuba membuat deposit dengan jumlah amaun yang lebih rendah.
  • Cuba membuat deposit melalui saluran pembayaran yang lain:
  • China: Kad Kredit/Debit (China Union), WeChat Pay, Alipay
    Malaysia: FPX Payment, Online Banking
    Antarabangsa: Kad Kredit/Debit (VISA, MASTER, AMEX), BitPay, Neteller, Skrill, Wire Transfer (klik sinisinisini untuk keterangan lanjut).

    Gunakan kad kredit lain (dalam platform perdagangan).

 

Jika anda telah cuba membuat deposit menggunakan kad kredit bertanda yang hanya menunjukkan 4 digit akhir kad kredit anda, sila cuba mengisikan semula maklumat penuh kad kredit anda dari permulaan.

 

Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih banyak sokongan, sila berhubung dengan Pasukan Sokongan kami melalui [email protected].

Adakah saya perlu mengesahkan wire transfer saya dengan GCMAsia?

Untuk memastikan wire transfer anda diuruskan dengan sempurna, sila hantar salinan kebenaran pembayaran daripada akaun bank anda kepada Pasukan Sokongan kami melalui emel di alamat [email protected].

Berapa lamakah wire transfer akan diproses?

Dana yang dipindah melalui wire transfer biasanya akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja. Untuk garis masa yang lebih spesifik, sila hubungi bank anda.

Bagaimana untuk mengetahui jika wire transfer saya telah gagal?

Anda harus hubungi bank anda secara terus agar mereka boleh mengesahkan bahawa dana anda telah diterima atau tidak.

Mengapakah deposit saya belum selesai (pending)?

“Pending Deposit” atau deposit belum selesai yang disenaraikan pada akaun anda adalah dikenakan pada deposit anda baru-baru ini dan belum disahkan. Jika anda terlihat item ini, maksudnya: (a) Dana ini sedang disekat sementara kami sedang mengesahkannya; atau (b) akaun anda (dan/atau pengenalan pasti) memerlukan pengesahan tambahan.