67% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.67% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
Apakah itu perdagangan mata wang?

Perdagangan mata wang (atau pertukaran asing) melibatkan ‘BUY’ (beli) sesuatu mata wang dan ‘SELL’ (jual) yang lain secara serentak untuk mendapat keuntungan dari jangkaan pergerakan dalam kadar pertukaran. Pasaran pertukaran asing global adalah pasaran yang terbesar dan berkecairan tertinggi di seluruh dunia, serta didagang 24 jam.Pasaran melibatkan bank-bank, korporat-korporat dan institusi-institusi lain untuk tujuan perdagangan antarabangsa atau hedging (lindung nilai), begitu juga dengan pedagang-pedagang – atau spekulator-spekulator – yang cuba mendapat keuntungan daripada pergerakan-pergerakan harga.

Apakah itu perdagangan CFD?

Kontrak perbezaan (Contracts for differences, dikenali sebagai CFDs) menawarkan pilihan untuk melakukan pelaburan berisiko tinggi di pasaran kewangan asas (seperti pasangan mata wang, komoditi, saham, indeks & lain-lain lagi), mendapat keuntungan dari perbezaan jangkaan pergerakan harga. CFD merupakan produk terbitan kewangan yang berleveraj, memerlukan hanya sebahagian kecil dari jumlah nilai keseluruhan untuk sesebuah posisi dibuka. Semasa berdagang CFD dengan GCMAsia, anda bukannya membeli (atau menjual) aset asasnya, tetapi membuka posisi “long” (BUY, beli) atau “short (SELL, jual) pada harga spot aset tersebut.

Mengapa berdagang mata wang dan produk boleh didagang yang lain-lain dengan CFD?

CFD menawarkan pelbagai manfaat berbanding alternatif-alternatif lain, termasuk pendedahan leveraj yang menawarkan potensi pulangan tinggi dengan perbelanjaan minimum, secara 24 jam, mudah dan pantas untuk akses ke pasaran.

Apakah instrumen yang boleh saya dagang?

GCMAsia menawarkan instrumen kewangan yang berbagai-bagai, termasuk: pasangan mata wang, saham, indeks, tenaga, logam berharga, bon AS dan lain-lain.

Apakah itu CFD - 'Kontrak Perbezaan' (CFD)?

CFD bermaksud ‘Contracts for difference’, atau boleh dilihat sebagai perbezaan harga antara pembukaan dan penutupan posisi dagangan.
 
GCMAsia mencipta kontrak CFD berdasarkan keadaan pasaran semasa yang di mana ia membolehkan anda berdagang pada pergerakan harga aset-aset kewangan asas. Kami menawarkan CFD untuk pelbagai pasaran global dan instrumen CFD kami merangkumi saham, bon perbendaharaan, pasangan mata wang, komoditi, dan indeks stok seperti UK 100.
 
Kontrak tersebut akan mempunyai kedua-dua harga “BUY” dan “SELL”, di mana anda boleh memilih di antara “BUY” (beli) yang juga dikenali sebagai LONG, atau “SELL” (jual) yang juga dikenali sebagai SHORT. Ia adalah penting untuk anda mengingati bahawa berdagang kontrak-kontrak CFD bukan berdagang secara fizikal dalam pasaran asas. Produk CFD sangat fleksibel dan ia membolehkan anda menggunakan STOP LOSSES dan LIMITS. Ia juga memerlukan pengurusan risiko yang bertahap tinggi dengan menggunakan pesanan-pesanan STOP.

Apakah itu Leveraj CFD?

CFD menggunakan leveraj dan margin. Ia bermaksud bahawa anda hanya perlu meletakkan sebilangan kecil deposit untuk membuka posisi dagangan. Kelakuan ini dipanggil sebagai “berdagang pada margin”.
 
Apabila berdagang pada margin, anda boleh memperbesarkan pulangan anda, begitu juga dengan kerugian. Leveraj membawa risiko yang ketara. Walaupun modal pelaburan anda mungkin berkekal lama, tetapi jika pergerakan pasaran berarah tentangan dengan dagangan anda, anda akan mengalami kerugian dan wang yang anda rugi boleh melebihi jumlah yang anda tetapkan untuk membuat dagangan tersebut. Anda juga berkemungkinan mengalami kerugian yang melebihi deposit awal anda.
 
Membuat SHORT CFD dalam pasaran yang menjatuh
 
Perdagangan CFD membolehkan anda jual (short) sesebuah instrumen jika anda percaya bahawa ia akan terjatuh dari segi nilainya, dengan tujuan membuat keuntungan daripada jangkaan penurunan harga. Jika jangkaan anda adalah betul, maka anda boleh membeli balik instrumen tersebut pada harga lebih rendah untuk membuat keuntungan. Jika jangkaan anda salah dan nilainya meningkat, maka anda akan mengalami kerugian.

Apakah itu Margin?

Untuk memastikan bahawa anda mampu menanggung sebarang kerugian yang berkemungkinan tertakluk pada posisi-posisi dagangan anda, GCMAsia memerlukan cagaran yang mencukupi. Cagaran ini biasanya dirujuk sebagai margin. Margin yang sedia ada dalam akaun anda akan mengehadkan saiz posisi dagangan yang boleh anda buka.
 
Terma leveraj ini sering digunakan untuk memerihalkan keperluan margin. Sebagai contoh, leveraj sebanyak 1:50 adalah sepadan dengan keperluan margin 2% (1 dibahagi dengan 50 adalah 0.02 atau 2%). Keperluan margin 2% ini bermakna, jika anda berharap untuk membuka posisi dagangan baru, maka anda mesti mempunyai 2% daripada saiz posisi dagangan tersebut yang sedia ada sebagai margin.
 
Sebagai contoh: Jika Ekuiti klien buat sekarang adalah 1,000 GBP, dan beliau memutuskan untuk membuka sqatu posisi BUY dengan 100,000GBP/USD, di mana leveraj yang ditawarkan padanya adalah 1:100 yang bersamaan dengan 1% keperluan margin.
 
Dalam situasi ini, klien ini mesti mempunyai ekuiti sekurang-kurangnya 1% daripada 100,000 GBP (1,000 GBP) untuk membuka posisi dagangan tersebut – jika beliau mempunyai amaun tersebut, dagangan akan berjaya dibuka.
 
Dalam situasi di mana klien mempunyai kurang daripada 1,000 GBP dalam ekuitinya apabila cuba membuka posisi dagangan yang sama, transaksi ini tidak akan dibuka, i.e., gagal.
 
GCMAsia memerlukan sejumlah tertentu untuk margin yang sedia ada dalam akaun anda bagi kemasukan setiap dagangan anda.
 
Anda boleh menyemak senarai Kadar Margin GCMAsia di sini: syarat-syarat perdagangan.

Apakah itu Margin Closeout?
Anda mesti mengekalkan sebilangan margin yang mencukupi dalam akaun anda untuk menyokong posisi dagangan terbuka anda. Anda bertanggungjawab untuk memantau akaun anda untuk mengelakkan margin closeout.
 
Margin closeout akan dicetuskan dalam situasi-situasi berikut:
 
Apabila Ekuiti berkurangan sehingga separuh, atau kurang daripada separuh Margin DIguna, platform GCMAsia akan cuba memberi peringatan amaran kepada pelanggan yang telah log masuk ke dalam platform GCMAsia, dengan menggunakan margin call.
 
Apabila Ekuiti menjatuh sehingga kurang daripada 50% margin diguna, platform GCMAsia akan sekaligus mencairkan semua posisi-posisi dagangan terbuka secara automatik.
 
Perhatian: dalam sesebuah pasaran yang bergerak pantas, wujudnya kemungkinan tempoh masa suntuk untuk memberi amaran, atau tidak mencukupi sama sekali untuk memberi amaran kepada anda.
 
Jika dagangan tidak tersedia, pembukaan posisi-posisi dagangan pada masa margin closeout, posisi-posisi tersebut akan kekal terbuka dan platform GCMAsia akan teruskan pemantauan keperluan margin anda. Apabila pasaran-pasaran dibuka semula untuk posisi-posisi terbuka tersebut, satu lagi margin closeout mungkin tertakluk jika dana akaun anda tidak mencukupi.

Apabila Ekuiti menjatuh sehingga kurang daripada 10% margin diguna, platform GCMAsia akan sekaligus mencairkan semua posisi-posisi dagangan terbuka secara automatik.
 
Perhatian: dalam sesebuah pasaran yang bergerak pantas, wujudnya kemungkinan tempoh masa suntuk untuk memberi amaran, atau tidak mencukupi sama sekali untuk memberi amaran kepada anda.
 
Jika dagangan tidak tersedia, pembukaan posisi-posisi dagangan pada masa margin closeout, posisi-posisi tersebut akan kekal terbuka dan platform GCMAsia akan teruskan pemantauan keperluan margin anda. Apabila pasaran-pasaran dibuka semula untuk posisi-posisi terbuka tersebut, satu lagi margin closeout mungkin tertakluk jika dana akaun anda tidak mencukupi.
Bagaimana mengelakkan Margin Closeout?

Ambil langkah proaktif untuk mengelakkan daripada margin closeout pada akaun anda, sebagai contoh,
 
• Pantau status akaun anda secara berterusan.
• Gunakan leveraj yang lebih rendah supaya anda boleh mengenakan keperluan margin yang lebih tinggi pada diri anda.
• Nyatakan pesanan stop-loss untuk setiap dagangan terbuka supaya mengehadkan risiko penurunan. Anda boleh nyatakan kadar stop-loss pada masa anda mengisukan sesebuah dagangan, atau menambah pesanan stop-loss pada bila-bila masa untuk mana-mana dagangan terbuka.
• Biayai akaun anda dengan jumlah dana yang sesuai supaya menjadikannya setanding dengan keperluan margin di samping mengurangkan risiko.
 
Note: Dagangan anda adalah ditutup pada kadar semasa GCMAsia, di mana ia mungkin berbeza dengan harga stop loss anda – terutamanya apabila perdagangan disambung semula setelah tempoh penutupan pasaran.
 
Sebagai contoh, jika anda terdapat amaran margin, pilihan anda adalah:
 
• Tutup atau lindung nilai (hedge) posisi-posisi individu untuk mengurangkan amaun margin yang diperlukan.
• Jika anda menggunakan leveraj yang lebih rendah, anda boleh menambah leveraj pada akaun anda sebagai jalan terakhir.
• Pindahkan dana tambahan ke dalam akaun anda. Walau bagaimanapun, masa dana telah ditambah mungkin berkemungkinan menjadi terlalu lewat.
• Jangan lupa juga bahawa ini akan menyebabkan peningkatan dalam jumlah amaun yang anda mampu rugi. Jika pasaran terus bergerak bertentangan dengan kehendak anda, anda berkemungkinan rugi baki akaun dagangan anda.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraturan Margin Perdagangan GCMAsia, sila berhubung dengan sokongan pelanggan kami melalui [email protected]