77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Kepada pelanggan yang dihormati,

 

Sila beri perhatian bahawa pasaran kewangan akan mengalami pergolakan yang besar sebelum dan selepas undian di peringkat parlimen UK ke atas Rang Undang-Undang Pemisahan EU pada 15hb Januari 2019. Oleh itu, peristiwa ini berkemungkinan untuk mendorong kepada tahap spread dan jurang harga yang tinggi serta kecairan pasaran yang rendah.

 

Kami telah menjalankan kajian ke atas polisi pengurusan risiko dengan niat untuk menyediakan persekitaran platform perdagangan yang lebih selamat bagi semua pelanggan kami. Oleh itu, GCMAsia akan melaksanakan perubahan ke atas margin bagi beberapa instrumen yang disenaraikan seperti berikut:

 

• Margin bagi GBP/USD dan semua pasangan GBP akan diselaraskan kepada 2% pada 14hb Januari, pukul 18:00 GMT.
• Margin bagi UK100 akan diselaraskan kepada 4% pada 14hb Januari, pukul 19:00 GMT.

 

Walaupun kami berhasrat untuk mengembalikan kadar keperluan margin kepada tahap biasa selepas undian tersebut telah selesai, kami akan meneruskan pemantauan ke atas acara tersebut dan berkemungkinan untuk meningkatkan spread atau keperluan margin sekali lagi jika ia diperlukan. Oleh itu, pihak kami akan membekalkan kemaskini semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pengurus akaun anda atau hubungi kami melalui cara-cara yang disenaraikan di bawah. Kami akan berusaha untuk membantu anda dalam perdagangan anda.
E-mel: [email protected]
Nombor bebas tol MY: 1-800-813-015

 

Dengan ikhlas,
GCMAsia.