Kecuali dinyatakan sebaliknya, instrumen CFD mempunyai tarikh tamat tempohnya. Para pelanggan di GCMAsia yang terbabit dengan perdagangan CFD perlu memberi perhatian kepada tarikh tamat tempoh.
Sila ambil perhatian:
1. Pada tarikh rollover, pesanan perdagangan pelanggan yang sedia ada akan ditutup dan pesanan yang baru akan dibuka. Ini bermakna bahawa pelanggan perlu membayar spread berkaitan bagi penutupan dan pembukaan pesanan seperti yang dinyatakan di dalam Syarat Perdagangan.
2.Untuk menyemak Kadar Rollover bagi instrumen perdagangan yang telah dipindahkan ke kontrak baru, sila klik di sini.
3. Sebarang pesanan tertunda (seperti Stop Loss atau Take Profit) yang diletakan ke atas pesanan instrumen akan dibatalkan. Ia adalah tanggungjawab pelanggan untuk meletakkannya semula pada kontrak baru.
Tarikh Tamat Tempoh Terkini
Tarikh tamat kontrak adalah bergantung kepada instrumen yang anda berdagang. Tarikh tamat CFD yang akan datang adalah seperti berikut:
* Pihak kami akan memindahkan kontrak CFD pada hari Ahad sebelum tarikh tamat tempoh yang dinyatakan di dalam jadual.