73% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang dengan penyedia ini.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.73% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang dengan penyedia ini. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
  • Hubungi GCMASIA
    Talian:1-800-818-457
  • GCMAsia -PENYELARASAN DAN PERUBAHAN PERATURAN ESMA

    GCMAsia adalah ahli gabungan yang beroperasi bersama Fortrade dalam mempromosikan perkhidmatan dan platform mereka bagi rantau Asia. Fortrade adalah nama dagang Fortrade Limited (diiktiraf dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority) dan Fort Securities LLC (diiktiraf dan dikawal selia di Belarus oleh National Bank of the Republic of Belarus). GCMAsia menawarkan akaun Fortrade UK (dikawal selia FCA) dan akaun Fortrade Belarus (dikawal selia NBRB) kepada para pelanggan.
     
    Baru-baru ini, European Securities and Market Authority (ESMA) telah memperkenalkan langkah-langkah baru bagi perdagangan Kontrak Atas Perbezaan (CFD). FCA yang merupakan sebahagian daripada ESMA telah mengumumkan untuk mengambil langkah yang sama dan ia bakal mempengaruhi semua pelanggan runcit bagi semua platform dagangan mulai 29hb Julai 2018.

     

    Perbandingan leverage diantara sebelum dan selepas langkah ESMA baru telah diperkenalkan:
    ESMA
     
    Impak ke atas posisi dagangan
     
    Pelanggan yang mempunyai posisi dagangan terbuka sebelum 29hb Julai 2018 bagi instrumen yang disenaraikan di bawah tidak akan tertakluk kepada had leverage yang baru.

     

    Walaubagaimanapun, paras stop out akan ditingkatkan dari 20% ke 50%. Perubahan ini boleh mendorong kepada penutupan posisi dagangan secara automatik sekiranya akaun dagangan gagal untuk memenuhi keperluan margin stop out yang baru.
     
    esma
     
    Nota:

    * Simbol TAMBAH (+) akan ditambahkan bagi setiap instrumen di atas dan instrumen tersebut hanya mempunyai pilihan untuk ditutup sahaja.

    * Instrumen seiras yang tidak mempunyai simbol TAMBAH (+) akan dibuka untuk perdagangan selepas leverage baru telah diperkenalkan.

    * Pelanggan adalah dikehendaki untuk menutup posisi dagangan mereka sebelum pukul 16:00 (GMT +0) pada 27hb Julai 2018 bagi mengelakkan perubahan yang ketara ke atas leverage.

    * Sebarang posisi yang dibuka selepas 29hb Julai 2018 bagi instrumen di atas akan tertakluk kepada leverage baru.

    *Semua posisi dagang bagi instrumen lain yang tidak disenaraikan di atas bakal tertakluk kepada leverage baru sekiranya ia masih terbuka pada 29hb Julai 2018.

     

    Sama ada anda adalah pelanggan baru atau sedia ada, anda perlu mengetahui beberapa maklumat utama mengenai perubahan pada syarat perdagangan berdasarkan peraturan baru dari ESMA.

    Berikutan dengan perubahan baru-baru ini, kesemua pelanggan GCMAsia baru yang mendaftarkan akaun mereka akan ditetapkan di bawah Fortrade Belarus.
     

    Bagaimana untuk mendaftar akaun Fortrade Belarus?
     

    Pengenalan kepada Fortrade Belarus (NBRB)

     

    Pelanggan GCMAsia yang sedia akan mempunyai pilihan untuk memilih Fortrade Belarus sebagai broker anda yang diiktiraf dan dikawal selia oleh National Bank of the Republic of Belarus (NBRB) dengan Nombor Rujukan Firma (FRN) 193075810. Syarat perdagangan di bawah kawal selia NBRB adalah seperti berikut:
     
    NBRB
    * Promosi termasuk pemberian hadiah seperti USB drive, cawan dll.   Untuk mencapai status pelanggan
     

    yang berkelayakan, anda dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat berikut yang ditetapkan oleh NBRB:
    NBRB
    * Permohonan melalui pengurus akaun adalah diperlukan.

    Pelanggan GCMAsia yang sedia ada di bawah kawal selia FCA akan dibahagikan kepada dua kategori: pelanggan runcit dan pelanggan profesional. Bagi pelanggan runcit sedia ada yang ingin mengekalkan paras margin dan leverage, anda mempunyai dua pilihan:
     

    1.Memohon untuk menjadi pelanggan profesional bagi akaun Fortrade UK di mana anda tidak akan tertakluk kepada sekatan yang telah berkuatkuasa berasaskan peraturan baru ESMA.
    Bagaimana untuk memohon status pelanggan profesional?

     
    2.Memindahkan akaun anda dari Fortrade UK ke Fortrade Belarus
    Bagaimana untuk memindahkan dana dan dokumen dari Fortrade UK ke Fortrade Belarus?

     

    Perbezaan diantara Fortrade UK dan Fortrade Belarus

     

    NBRB Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menutup kesemua posisi dagangan sebelum melaksanakan proses pemindahan akaun.

    Soalan Lazim

    1.Apakah itu ESMA dan siapa yang bakal dipengaruhi oleh perubahan pada peraturan baru-baru ini?

    ESMA adalah nama singkatan bagi European Securities and Market Authority, salah satu institusi Pengawalseliaan Kewangan Kesatuan Eropah dan Pihak Berkuasa Keselamatan Eropah. ESMA melaksanakan tugas mereka dari segi undang-undang sekuriti dan pengawalseliaan bagi menambahbaik pasaran kewangan di Eropah. Pengumuman Financial Conduct Authority (FCA) baru-baru ini untuk melaksanakan perubahan yang sama seperti ESMA bakal mempengaruhi SEMUA pedagang runcit yang mempunyai akaun dagangan dengan broker yang dikawal selia oleh FCA atau ESMA.

    2.Adakah NBRB membekalkan skim pampasan modal seiras dengan Financial Services Compensation Scheme (FSCS) dari Financial Conduct Authority (FCA)?

    Tidak. NBRB tidak menyediakan pampasan modal seperti FSCS di bawah kawal selia FCA.

    3.Berapa lamakah masa yang digunakan untuk memindahkan akaun saya dari Fortrade UK ke Fortrade BY?

    Proses pemindahan akan mengambil masa 2 hingga 3 minit sementara wakil kami akan ditugaskan untuk mengesahkan akaun anda dengan secepat yang mungkin.

    4.Apa yang akan berlaku kepada akaun saya jika saya memilih untuk melaksanakan proses pemindahan akaun selepas tarikh akhir yang ditetapkan?

    Selepas tarikh akhir, peraturan ESMA yang baru akan dikuatkuasakan ke atas semua posisi dagangan yang terbuka berikutan dengan leverage yang rendah dan paras margin stop-out yang tinggi. Semua posisi dagangan di dalam akaun anda mungkin ditutup secara automatik sekiranya ia gagal memenuhi syarat perdagangan yang baru. Oleh itu, anda adalah dinasihatkan untuk melaksanakan pemindahan akaun sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang masalah.

    5.Bolehkah saya mengesahkan akaun Fortrade BY tanpa memuat naik swafoto dengan ID?

    Menyediakan swafoto dengan ID adalah sebahagian daripada rangka kerja yang telah ditetapkan oleh pengawalseliaan NBRB. Justeru, jika pelanggan kami gagal untuk membekalkan swafoto dengan ID, maka mereka tidak dapat menikmati segala manfaat yang diberikan kepada akaun BY.

    6.Apakah yang akan berlaku kepada SWAP pada posisi dagangan saya selepas proses pemindahan telah selesai?

    Kesemua caj SWAP pada posisi dagangan akan ditetapkan semula selepas proses pemindahan.

    More Soalan Lazim
    1. Apakah maksud “Tiada Sekatan” bagi Pelanggan Profesional di bawah kawal selia FCA?

    Tiada Sekatan” bagi Pelanggan Profesional di bawah kawal selia FCA merujuk kepada perubahan yang telah diambil oleh badan pengawalseliaan baru-baru ini. Oleh itu, kesemua pelanggan yang berada di bawah kategori ini tidak akan tertakluk kepada leverage dan paras margin baru serta larangan bonus.

     

    1. Apakah itu NBRB?

    NBRB adalah nama singkatan yang digunakan oleh National Bank of the Republic of Belarus. NBRB telah ditubuhkan pada tahun 1990a-an selepas peraturan perbankan diluluskan sebaik sahaja Belarus mengisytiharkan kemerdekaan dari Kesatuan Soviet. NBRB terlibat dalam menguatkuasakan dasar dan tadbir urus bagi memastikan kestabilan kewangan di Republik Belarus.

     

    1. Apakah Nombor Pendaftaran Firma (FRN) bagi Fortrade Belarus di bawah kawal selia NBRB?

    Nombor Pendaftaran Firma (FRN) bagi Fortrade Belarus adalah 193075810.

     

    1. Bagaimana untuk menyemak lesen pendaftaran bagi Fortrade Belarus?

    Lesen Fortrade Belarus di bawah kawal selia NBRB boleh disemak melalui pautan ini.

     

    1. Apakah syarat perdagangan bagi Fortrade UK dan Fortrade Belarus susulan dengan perubahan baru-baru ini?

    Syarat perdagangan berasaskan pengawalseliaan masing-masing boleh disemak melalui pautan ini.

     

    1. Adakah saya dibenarkan untuk mendaftar lebih daripada satu akaun di bawah Fortrade BY?

    Ya, anda boleh mendaftar lebih daripada satu akaun di bawah Fortrade BY dengan menggunakan e-mel yang berlainan.

     

    1. Apakah yang akan berlaku kepada akaun saya jika saya memilih untuk tidak melaksanakan sebarang perubahan atau pemindahan?

    Akaun anda akan tertakluk kepada langkah baru yang dikuatkuasa oleh FCA, seiring dengan ESMA. Leverage akan diturunkan, paras margin stop-out akan ditingkatkan ke 50% dan anda tidak akan diberi sebarang bonus atau promosi sebagai seorang pelanggan runcit.

     

    1. Apa yang akan berlaku kepada bonus di dalam akaun lama Fortrade UK selepas saya melaksanakan proses pemindahan dana ke Fortrade BY?

    Bonus di dalam akaun lama akan dibatalkan dan ia akan diberikan kepada akaun baru selepas proses pemindahan dana dari Fortrade UK ke Fortrade BY telah selesai.

     

    1. Menurut kepada kempen Piala Dunia GCMAsia, saya boleh menikmati tawaran bonus sekiranya saya membuat deposit sebelum 31hb Ogos 2018. Oleh kerana ESMA telah melarang pemberian bonus bagi semua akan di bawah kawal selia FCA, apakah yang akan berlaku kepada tawaran tersebut.

    Anda boleh menikmati tawaran bonus selepas mendaftar untuk akaun di Fortrade BY.

     

    1. Apakah proses log masuk sekiranya saya mempunyai akaun di bawah dua pengawalseliaan yang berbeza?

    Sekiranya pelanggan kami mempunyai dua akaun dari Fortrade UK dan Fortrade Belarus yang menggunakan e-mel sama, maka tetingkap akan muncul semasa proses log masuk bagi memilih jenis kawal selia. Sila pilih jenis kawal selia yang anda untuk meneruskan proses tersebut.