83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 17 – 21

 

Reviu Pasaran (Forex): Jun 10 – 14

US Dollar

Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya berbanding dengan mata wang utama yang lain sambil mencecah paras yang tertinggi semenjak 3hb Jun dan menutup harga minggu lepas di kadar 97.48. Dolar AS masih kekal disokong oleh jangkaan pasaran susulan dengan sentimen dovish yang disampaikan oleh bank pusat global yang lain.

 

Pada minggu lepas, dolar telah melonjak ke paras tinggi susulan dengan data Retail Sales bagi bulan Mei. Menurut kepada US Census Bureau, Retail Sales kecuali penjualan automobil telah bertumbuh sebanyak 0.5%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 0.3%. Data ini telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap penyusutan ekonomi di AS. Selain itu, para pelabur menjangkakan AS untuk mempunyai posisi yang lebih strategik apabila melihat kepada ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang masih berlegar.

 

Secara kesimpulannya, permintaan dolar di dalam pasaran adalah masih tinggi selepas para pelabur mensyaki kemungkinan Bank Pusat AS (Fed) dalam memotong kadar faedah mereka susulan dengan data positif pada Jumaat yang lepas. Untuk minggu ini, Fed akan mengumumkan keputusan kadar faedah mereka di mana para pelabur akan melihat samada perang perdagangan diantara AS-China bakal mendorong Fed untuk memotong kadarnya di dalam tahun ini.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah memulih dari paras rendahnya sambil menutup pasaran minggu lepas di kadar 108.55. Keyakinan terhadap dolar AS telah memulih susulan dengan perkembangan positif dan data ekonomi yang kukuh di AS. Ini telah meningkatkan permintaan terhadap aset berisiko dan justeru mengakibatkan penjualan pada aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup niaganya di kadar 1.1210. Euro telah dijual oleh para pelabur berikutan dengan dolar yang kukuh serta data yang lemah dari EU seperti Italy Industrial Sales dan CPI. Selain itu, EU juga menerima tekanan bearish dari jangkaan bajet dari Rome yang bercadang untuk memperkenalkan mata wang selari. Para pelabur khuatir bahawa penganalan tersebut akan mendorong kepada defisit yang lebih tinggi. Justeru, ia telah mengakibatkan para pelabur untuk menjual euro.

 

GBP/USD

GBP/USD telah menjunam ke paras rendah dua minggu bagi minggu lepas sambil menutup sesi dagangan di paras 1.2587. Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya bagi minggu ketiga berturut-turut sementara para pelabur masih khuatir akan risiko Brexit tanpa perjanjian. Selain itu, sentimen pasaran telah bertambah buruk selepas calon Perdana Menteri Boris Johnson mendapat sokongan sebanyak 114 undian. Terdahulu, Boris dikenali sebagai seorang yang berpendirian Brexit keras dan keputusan undian tersebut telah meningkatkan risiko tersebut.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 10 – 14

GOLD

Harga emas telah memangkas keuntungannya pada minggu lepas sambil menutup niaga di kadar $1,341.32 se troy auns. Aset selamat emas telah mengubah arah alirannya selepas data ekonomi dari AS dilepaskan pada hari Jumaat yang lepas. Data yang positif tersebut telah mengurangkan sentimen terhadap dasar kewangan yang longgar dari Fed. Tambahan pula, data tersebut telah mengehadkan kenaikan pada harga emas susulan dengan permintaan yang tinggi terhadap aset berisiko yang lain.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat untuk sepanjang minggu lepas sambil menutup niaga di kadar $52.43 setong berikutan dengan ketegangan di perairan Iran. Harga minyak menerima tekanan bearish susulan dengan serangan ke atas dua kapal minyak di Perairan Oman pada minggu lepas yang bakal menjejaskan pembekalan minyak. Namun, keuntungannya adalah masih terhad berikutan dengan peningkatan stok minyak di AS dan ketegangan perdagangan diantara AS-China. Inventori minyak dari AS telah meningkat sebanyak 4.850 juta tong, lebih tinggi bacaan terdahulu sebanyak 3.545 juta. Selain itu, laporan dari Internasional Energy Agency telah memotong jangkaan permintaan bagi tahun 2019 ke 1.2 juta tong sehari sambil menegaskan bahawa permintaan global bakal terjejas akibat daripada sentimen ekonomi yang suram. Mereka juga menambah bahawa jangkaan yang buruk terhadap keadaan perdagangan telah mendorong kepada pemotongan jangkaan tersebut.

 

Secara kesimpulannya, para pelabur masih teragu-ragu ke atas komoditi minyak mentah sementara mereka memberi tumpuan kepada perkembangan yang lebih lanjut serta paras inventori dari AS untuk melihat arah tuju harganya bagi tempoh masa yang terdekat.

 

 


 

Tinjauan Mingguan: Jun 17 – 21

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat polisi Fed yang bakal menjadi acara utama di dalam pasaran FX. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan kepada data Existing Home Sales dan Manufacturing Index bagi memantau arah tuju mata wang bagi tempoh masa yang terdekat.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 17 – 21

Isnin, Jun 17  

Data

USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jun)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Jun 18  

Data

AUD – RBA Meeting Minutes

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jun)

EUR – EUR CPI (YoY)(May)

USD – Building Permits (May)

 

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

GBP BoE Gov Carney Speaks

 

Rabu, Jun 19  

Data

GBP CPI (YoY) (May)

CAD Core CPI (MoM) (May)

 

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Khamis, Jun 20  

Data

USD Fed Interest Rate Decision

NZD GDP (QoQ) (Q1)

JPY BoJ Interest Rate Decision

GBP Retail Sales (MoM) (May)

GBP BoE Interest Rate Decision (Jun)

USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun)

 

Acara

JPY BoJ Monetary Policy Statement

JPY BoJ Press Conference

GBP BoE MPC Meeting Minutes

 

 

Jumaat, Jun 21

 

 

Data

EUR – German Manufacturing PMI (Jun)

CAD Core Retail Sales (MoM) (Apr)

USD Existing Home Sales (May)

 

Acara

N/A