83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Rangsangan global mendorong kenaikan dolar AS.

Dolar AS telah meneruskan kenaikannya ke paras tinggi tahunan yang baru selepas kadar hasil bon perbendaharaan melantun dari paras rendah. Para pelabur berharap bahawa rangsangan ekonomi yang diperkenalkan oleh ekonomi utama global dapat membantu mengelakkan kemelesetan ekonomi di dalam tempoh masa yang terdekat. Sebelum ini, beberapa bank pusat global telah melaksanakan pemotongan kadar faedah berikutan dengan ketidaktentuan di dalam pasaran yang berpunca dari perang perdagangan diantara AS-Sino serta penyusutan momentum pertumbuhan. Di AS, Bank Pusat AS telah melaksanakan pemotongan sebanyak 25 mata asas sebagai “jaminan” bagi membendung kelemahan ekonomi yang dipaparkan oleh datanya baru-baru ini. Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell semasa sidang Jackson Hole pada hari Jumaat yang berkemungkinan mempunyai garis panduan mengenai dasar kewangan masa depan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.23% ke 98.20 semasa sesi Asia. Di UK, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.02% ke 1.2129. Sterling telah berundur dari paras tingginya selepas EU menegaskan bahawa perjanjian Brexit tidak akan dirundingkan lagi dan ia telah meningkatkan kemungkinan Brexit keras semasa tarikh akhirnya iaitu 31hb Oktober.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.09% ke $56.12 setong. Pada semalam, aset ini menerima permintaan yang tinggi selepas laporan mendapati bahawa medan minyak di Arab Saudi telah diserang oleh dron. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.03% ke 41,495.55 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German PPI (MoM) (Jul) -0.4% 0.0%
04:30

(21hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -2.190M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 98.30, 98.65

Tahap sokongan: 97.80, 97.50

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2140, 1.2170

Tahap sokongan: 1.2090, 1.2050

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3070. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1025

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 106.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 106.80, 107.25

Tahap sokongan: 105.60, 105.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6750. MACD yang telah membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6675

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 0.6400. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6400.

 

Tahap rintangan: 0.6420, 0.6440

Tahap sokongan: 0.6400, 0.6370

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.3335. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.9820. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9820, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9790, 0.9745

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 55.55.

 

Tahap rintangan: 57.30, 58.70

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1494.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1509.00, 1523.00

Tahap sokongan: 1494.50, 1483.50