15 Januari 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal stabil susulan pasaran menunggu untuk perjanjian perdagangan.
Indeks dolar kekal teguh berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama susulan para pelabur sedang menunggu untuk penandatanganan perjanjian perdagangan antara A.S dan China. Oleh kerana perjanjian fasa pertama dijangka akan ditandatangani pada hari Rabu, pasaran menjangkakan bahawa kedua-dua negara tersebut akan mengakhiri perang perdagangan sepanjang 18 bulan. Namun, ketakutan perang perdagangan masih berada di pasaran selepas Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin baru-baru ini menyatakan bahawa tarif semasa ke atas barangan Cina masih akan terus kekal sementara menunggu untuk perbincangan lanjut. Tetapi, pasaran akan menumpukan perhatian sama ada perjanjian tersebut akan ditandatangani. Pada masa yang sama, para pelabur juga akan terus mencari isyarat selanjutnya daripada data yang akan datang dan perkembangan yang berterusan. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.02% kepada 97.06 pada masa penulisan.
Dalam komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak 0.14% kepada $ 58.06 setong susulan kebimbangan mengenai perjanjian perdagangan A.S.-China tidak dapat meningkatkan permintaan. Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin berkata pada hari Selasa bahawa tarif akan tetap kekal walaupun perjanjian perdagangan ditandatangani pada hari Rabu dan ia akan menjejaskan pertumbuhan untuk permintaan minyak China dengan mengehadkan aksesnya kepada rakan perdagangan kedua terbesarnya. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.38% kepada $ 1551.99 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan risiko pada fasa pada perjanjian perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP Autumn Budget
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:30 | GBP – CPI (YoY) (Dec) | 1.5% | 1.5% | – |
21:30 | PPI (MoM) (Dec) | 0.0% | 0.2% | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.164M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan MA 20 (Merah). MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 97.25, 97.70
Tahap sokongan: 96.85, 96.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 20 (Merah). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah gairsan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan yang berlaku pada garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.55.
Tahap rintangan: 110.55, 111.80
Tahap sokongan: 109.55, 108.85
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6880.
Tahap rintangan: 0.6925, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6850
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6600. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6620, 0.6640
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 1.3085.
Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9660. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 0.9660.
Tahap rintangan: 0.9690, 0.9725
Tahap sokongan: 0.9660, 0.9610
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan penguduran yang berlaku pada tahap rintangan di 58.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 58.60, 59.70
Tahap sokongan: 57.60, 56.80
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1551.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntunnganya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1551.10, 1561.85
Tahap sokongan: 1538.45, 1530.05