83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Oktober 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kekal kukuh susulan pasaran menanti isyarat selanjutnya.

Indeks dolar berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama kekal stabil sementara para pelabur sedang mencari perkembangan selanjutnya daripada rundingan perdagangan untuk memacu sentimen pasaran. Mengenai data, data PPI AS telah memberi bacaan sebanyak -0.3%, lebih lemah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.1%. Namun, data tersebut tidak menjejaskan pasaran susulan dengan pelabur terus kekal dalam corak memegang. Walau bagaimanapun, potensi kenaikan dolar AS berkemungkinan adalah terhad kerana perkembangan baru-baru ini dari A.S dan China mungkin telah mengurangkan harapan pasaran untuk perjanjian perdagangan. Para pelabur masih tetap fokus untuk perkembangan selanjutnya untuk mendapatkan pengesahan bagi sentimen dolar. Sementara itu, GBP / USD telah melanjutkan kerugiannya berikutan dengan peningkatan dalam risiko Brexit. Menurut kepada laporan baru-baru ini, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan canselor Jerman, Angela Markel telah bercakap antara satu sama lain dalam panggilan telefon peribadi. Sumber daripada No 10 menyebut bahawa Merkel menyatakan hanya ada kesepakatan jika Ireland Utara tinggal di Kesatuan Kastam, jika tidak, maka kesepakatan adalah ‘luar biasa tidak mungkin’. Kenyataan tersebut terus meningkatkan risiko perjanjian Brexit, dan mencetuskan tekanan selanjutnya untuk mata wang paun. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.04% kepada 98.73 manakala GBP/USD telah jatuh sebanyak 0.15% kepada 1.2215.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.30% kepada $ 52.45 setong semasa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam inventori minyak mentah. Menurut kepada data dari API, stok minyak mentah A.S telah meningkat sebanyak 4.1 juta pada minggu lalu. Pada masa yang sama, ketidakpastian dalam rundingan perdagangan antara A.S dan China juga menimbang dalam sentimen pasaran. Seterusnya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% kepada $ 1505.35 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan selera risiko yang berkurangan telah mendorong kepada permintaan aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

2.00                       USD                      FOMC Meeting Minutes

(9th Oct)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – JOLTs Job Opening (Aug) 7.217M 7.191M
04:30

(10hb)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.100M 1.413M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan sebelumnya di 98.85. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 98.60.

 

Tahap rintangan: 98.85, 99.20

Tahap sokongan: 98.60, 98.20

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daru tahap rintangan 1.2325. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan 1.2170.

 

Tahap rintangan: 1.2325, 1.2395

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2020

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0965. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokogan 1.0960.

 

Tahap rintangan: 1.1125, 1.1300

Tahap sokongan: 1.0960, 1.0855

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 107.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan 107.00.

 

Tahap rintangan: 107.00, 107.80

Tahap sokongan: 106.65, 106.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6745. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecah tahap rintangan 0.6745.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6795

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6635

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6285. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan 0.6325.

 

Tahap rintangan: 0.6325, 0.6365

Tahap sokongan: 0.6285, 0.6255

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan 1.3275.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3210

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya 0.9945. MACD yang memaparkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9885.

 

Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9885, 0.9810

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 51.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan 53.55.

 

Tahap rintangan: 53.55, 54.65

Tahap sokongan: 51.85, 51.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1504.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan keuntungannya dan menuju ke arah 1520.25.

 

Tahap rintangan: 1520.25, 1535.25

Tahap sokongan: 1504.00, 1485.65