83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Januari 2020                  Analisis Sesi Petang

Paun merosot di tengah-tengah data ekonomi yang suram.

Paun sterling merosot di tengah-tengah data yang pesimis dari rantau UK membuktikan bahawa prestasi ekonominya masih dihantui oleh ketidakpastian Brexit yang keras. Menurut Office for National Statistics, data Consumer Price Index (CPI) dari UK dibebaskan pada bacaan sebanyak 1.3%, tersasar unjuran ahli ekonomi 1.5%, membayangkan tekanan inflasi semakin lemah dan jauh dari sasaran inflasi Bank of England (BoE). Di samping itu, data CPI yang lemah juga menyerupai kenyataan penggubal dasar kewangan BoE di mana pelonggaran dasar kewangan perlu dilaksanakan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mereka. Dalam ucapan oleh Michael Saunders pada hari Rabu, beliau menekankan bahawa ekonomi lembap yang ditunjukkan oleh data ekonomi yang lembap baru-baru ini mungkin akan menlanjutkan tempoh pertumbuhan yang lemah, dan membesarkan jurang antara inflasi sasaran dan inflasi semasa. Ucapan yang dovish dari Saunders meresap melalui pasaran sambil menyeru pelabur untuk menjual aset pound mereka. Michael Saunders telah mengubah pandangannya daripada mengekalkan kadar faedah tidak berubah ke pemotongan kadar diperlukan untuk keadaan ekonomi semasa sejak bulan November tahun 2019. Walau bagaimanapun, pasangan GBP/USD berjaya memulih sebahagian besar kerugiannya disebabkan oleh optimisme perdagangan antara AS dan China yang menyeret penampilan dolar AS. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD mencatatkan keuntunnganya sebanyak 0.12% ke 1.3050.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.17% ke $ 58.15 setong di tengah-tengah penurunan yang besar dalam inventori minyak mentah AS dan penandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 terus menimbang pada pasaran komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $1556.10 satu troy auns kerana peyusutan pertikaian perdagangan menurunkan daya tarikan pasaran emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30        EUR        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) 0.1% 0.5%
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) 2.4 3.8
21:30 USD – Retail Sales (MoM) (Dec) 0.2% 0.3%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 96.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 96.45.

 

Tahap rintangan: 96.95, 97.40

Tahap sokongan: 96.45, 96.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2965. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3095.

 

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3225

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2830

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1175.

 

Tahap rintangan: 1.1175, 1.1250

Tahap sokongan: 1.1105, 1.1045

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.65

Tahap sokongan: 109.70, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6990

Tahap sokongan: 0.6890, 0.6845

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6550.

 

Tahap rintangan: 0.6550, 0.6740

Tahap sokongan: 0.6555, 0.6500

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3010.

 

Tahap rintangan: 1.3065, 1.3125

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2945

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9650. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9725.

 

Tahap rintangan: 0.9725, 0.9780

Tahap sokongan: 0.9650, 0.9590

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 57.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 59.55.

 

Tahap rintangan: 59.55, 61.05

Tahap sokongan: 57.75, 56.30

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1561.90. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1561.90, 1613.35

Tahap sokongan: 1542.15, 1523.25