83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Januari 2020                  Analisis Sesi Petang

UK pound sterling meningkat menjelang pembebasan data.

Paun sterling British kekal mengatasi mata wang yang lain walaupun dengan pemulihan dalam dolar. Pada masa ini, pasaran masih kekal membuat spekulasi bahawa terdapat kemungkinan yang tinggi mengenai Bank of England (BoE) akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada 30 Januari berikutan dengan data dan aktiviti yang lembut. Tetapi, tinjauan pendapat Reuter menunjukkan bahawa bank pusat Britain berkemungkinan akan mengekalkan kadarnya dalam tempoh yang mantap pada bulan Januari. Pasaran kini akan memberi tumpuan kepada data inflasi iaitu data Retail Sales U.K untuk mendapat pengesahan dan isyarat selanjutnya bagi pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP / USD telah meningkat sebanyak 0.03% kepada 1.3075. Sebaliknya, AUD / USD telah menokok sebanyak 0.04% kepada 0.6896 pada masa penulisan berikutan dengan pembebasab data dari China. Menurut kepada National Bureau of Statistics of China, jualan runcit di China telah meningkat kepada 8%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 7.8%. Selain itu, data Industrial Production juga memberi bacaan sebanyak 6.9%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 5.9% manakala GDP kekal tidak berubah pada 1.5%. Oleh kerana China merupakan rakan perdagangan terbesar kepada Australia, mata wang Aussie juga bereaksi positif terhadap data-data tersebut.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.07% kepada $ 58.52 semasa penulisan susulan dengan pengurangan dalam inventori stok minyak mentah. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah telah jatuh sebanyak 2.5 juta tong, jauh lebih baik daripada penurunan sebanyak 750,000 tong. Pada masa yang sama, perjanjian perdagangan fasa satu juga membantu dalam meningkatkan keyakinan dan memberi sokongan kepada harga komoditi tersebut. Seterusnya, harga emas kekal berada dalam lingkungan yang ketat dan menokok sebanyak 0.04% kepada $ 1553.56 pada masa penulisan sementara pasaran menunggu untuk isyarat selanjutnya bagi menentukan arahnya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Dec) -0.6% 0.5%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Dec) 1.3% 1.3%
21:30 USD – Building Permits (Dec) 1.474M 1.468M
23:00 USD – JOLTs Job Openings (Nov) 7.267M 7.233M
02:00

(18hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 659

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras yang lebih tinggi. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.70

Tahap sokongan: 96.85, 96.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelumnya di 1.3035. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3100.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3165

Tahap sokongan: 1.3035, 1.2965

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish dengan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1160, 1.1180

Tahap sokongan: 1.1110, 1.1075

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 110.15. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 110.55.

 

Tahap rintangan: 110.55, 110.90

Tahap sokongan: 110.10, 109.65

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 20(Merah) dan 50(Biru). MACD yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah kedua-dua garisan MA.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6880, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 50 (biru). MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6650.

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6620, 0.6600

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.3085. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran tahap sokongan di 0.9610. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9660.

 

Tahap rintangan: 0.9660, 0.9690

Tahap sokongan: 0.9610, 0.9550

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 58.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 58.60.

 

Tahap rintangan: 58.60, 59.70

Tahap sokongan: 57.55, 56.80

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1551.10. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1561.85.

 

Tahap rintangan: 1561.85, 1572.10

Tahap sokongan: 1551.10, 1538.45