83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran FX ditekan oleh ketegangan perdagangan.

Pada minggu lepas, sentimen pasaran telah menambah baik berikutan dengan perkembangan positif dalam perundingan perdagangan selepas Presiden AS Donald Trump menangguhkan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas barangan China. Selepas panggilan telefon diantara wakil perdagangan AS dan China pada minggu lepas, Presiden Trump telah membuat keputusan untuk menangguhkan tarif tersebut bagi mempercepatkan pencapaian perjanjian dengan China. Namun, kenyataan terkini daripada Twitter Trump telah menuduh Huawei sebagai ancaman keselamatan nasional dan menegaskan bahawa AS tidak bersikap terbuka untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat teknologi tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk membuat perjanjian dengan China. Kenyataan daripada twitter beliau telah menjejaskan kemungkinannya pencapaian perjanjian dalam masa yang terdekat sementara para pelabur menunggu perundingan peringkat tinggi pada bulan depan bagi memantau perkembangan diantara dua negara tersebut. Sejak pencetusan perang perdagangan, dolar AS dan juga aset selamat yang lain seperti emas dan yen Jepun telah menerima permintaan yang lebih tinggi. Sebaliknya, ekonomi negara asing yang dijejaskan oleh tarif yang dikenakan oleh AS seperti China dan rakan perdagangan utamanya seperti Australia dan New Zealand telah menyebabkan para pelabur untuk menjual mata wang negara-negara tersebut. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.06% ke 98.01 sementara pasangan USD/JPY dan AUD/USD menyusut sebanyak 0.02% ke 106.32 dan 0.04% ke 0.6775 masing-masing.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.47% ke $55.32 setong susulan dengan ketegangan Timur Tengah. Menurut kepada Reuters, kumpulan Hothi dari Yemen telah menyerang sebuah dron di medan minyak timur Arab Saudi yang menyebabkan kebakaran sebuah loji gas. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.28% ke $1,509.10 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jul) 1.1% 1.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 98.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan indeks untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10

 

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 1.2085.

 

Tahap rintangan: 1.2165, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2085, 1.1980

 

 


 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1115. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1070.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

 

 


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 106.00. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan 106.00.

 

Tahap rintangan: 106.70, 107.25
Tahap sokongan: 106.00, 105.60

 

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada paras tinggi saluran menurun. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, isyarat yang lebih lanjut seperti pemecahan atau pengunduran dari paras tinggi saluran tersebut adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6465. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6395.

 

Tahap rintangan: 0.6465, 0.6555
Tahap sokongan: 0.6395, 0.6330

 

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.3275. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3275, 1.3340
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3185

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari garisan trend menaik. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.9780.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9780, 0.9755

 

 


 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 54.65. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 55.90.

 

Tahap rintangan: 55.90, 56.80
Tahap sokongan: 54.65, 53.10

 

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1507.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1525.90, 1548.05
Tahap sokongan: 1507.10, 1490.00