83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran FX mendatar menjelang mesyuarat bank pusat global.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melantun sebanyak 0.04% ke 98.05 sementara pasaran menunggu isyarat yang lebih lanjut daripada Simposium Jackson Hole tahunan pada Jumaat ini. Sebelum mesyuarat bank pusat global tersebut, para pelabur juga akan memantau kepada laporan minit mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) pada lewat Rabu ini untuk mendapatkan pendirian dasar kewangan Fed terkini. Lantunan yang ditunjukkan daripada hasil Bon Perbendaharaan AS baru-baru ini telah mengisyaratkan bahawa penggubal dasar dari seluruh dunia telah bersedia untuk menyediakan rangsangan yang selanjutnya bagi membendung kemelesetan ekonomi global sementara meningkatkan jangkaan pemotongan kadar ole Fed yang selanjutnya menjelang akhir tahun ini. Namun, komen daripada ahli Fed Rosengren telah menyatakan bahawa sekiranya ekonomi AS masih kukuh dan kelonggaran dasar adalah tidak dierlukan walaupun ekonomi negara lain mengalami kemelesetan. Isyarat yang bercampuran di dalam pasaran telah menyebabkan keengganan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran sementara mereka menunggu ucapan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Jumaat yang akan menjadi pemacu utama bagi penggerakan pasaran. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.05% ke 1.1092 semasa penulisan. Mata wang euro telah ditekan oleh perletakan jawatan Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte namun adanya yang menyatakan bahawa impak tersebut tidak akan menjejaskan penggerakan euro bagi jangka masa panjang.

 

Dari aspek komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.42% ke $56.35 setong walaupun dengan peningkatan dalam inventori minyak AS yang dilaporkan oleh American Petroleum Institute (API). Oleh kerana laporan API dikira sebagai laporan yang tidak rasmi, para pelabur akan menunggu data Crude Oil Inventories pada malam ini untuk memantau selanjutnya penggerakan minyak. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.32% ke $1,502.35 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00 (22hb)        USD                                        FOMC Meeting Minutes

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jul) 0.0%
22:00 USD – Existing Home Sales (Jul) 5.27M 5.39M
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.580M -1.889M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan daripada tahap sokongan 98.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.40.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2170. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2085.

 

Tahap rintangan: 1.2170, 1.2220

Tahap sokongan: 1.2085, 1.2015

 

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA-20 (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.1070.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 106.60. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan 106.60.

 

Tahap rintangan: 106.60, 107.25

Tahap sokongan: 106.00, 105.60

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran menurun sementara menguji pada paras tinggi saluran tersebut. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada paras atas saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan daripada tahap sokongan 0.6395. MACD yang menunjukkan isyarat penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 0.6465.

 

Tahap rintangan: 0.6465, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6395, 0.6330

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (merah). MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan daripada garisan MA-50 (biru). MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9840.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9780, 0.9755

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan trend menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 56.80, 57.85

Tahap sokongan: 55.90, 54.65

 

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1507.10. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1490.00.

 

Tahap rintangan: 1507.10, 1526.60

Tahap sokongan: 1490.00, 1477.20