83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Sterling susut susulan sentimen Brexit keras.

Pound sterling telah meneruskan aliran menurunnya dari paras tinggi selepas kerajaan Perancis menganggap Brexit tanpa perjanjian sebagai agenda utama semasa tarikh luput pada 31hb Oktober nanti. Di dalam laporan yang dibebaskan oleh Reuters, pegawai di pejabat Presiden Perancis Emmanuel Macron mengulas bahawa permintaan PM UK Boris Johnson untuk memansuhkan syarat persempadanan Ireland dari perjanjian Brexit boleh mendorong kepada senario Brexit keras. Persempadanan Ireland adalah polisi untuk membenarkan sempadan Ireland untuk kekal bebas walaupun UK telah berundur keluar dari zon Eropah. Namun, oleh kerana para pelabur telah menghargai kemungkinan untuk berlakunya Brexit keras, kerugian yang dialami oleh pound sterling adalah terhad. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.2129 pada pagi tadi. Sementara itu, dolar AS telah melanjutkan kenaikannya walaupun minit mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) memberi isyarat untuk melaksanakan pemotongan kadar pada masa depan. Kebanyakan ahli Fed melihat pemotongan kadar baru-baru ini sebagai penyelarasan pertengahan kitaran sementara mengulas untuk memotong kadar faedah pada masa depan bagi memberi sokongan kepada momentum ekonomi. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 98.13.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.23% ke $56.05 setong. Niaga hadapan minyak masih kekal disokong selepas Energy Information Administration melaporkan penurunan sebanyak -2.7 juta tong stok minyak pada minggu lepas, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu -1.9 juta tong. Sementara itu, harga emas mendatar di paras $1,502.54 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Aug) 43.2 43.0
20:30 USD – Initial Jobless Claims 220K 216K
21:45 USD – Services PMI (Aug) 53.0 52.9

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 98.30, 98.65

Tahap sokongan: 97.95, 97.80

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 1.2115. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2140.

 

Tahap rintangan: 1.2140, 1.2170

Tahap sokongan: 1.2115, 1.2090

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1025

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.25

Tahap sokongan: 105.60, 105.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia ditutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6675

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 0.6400, 0.6420

Tahap sokongan: 0.6395, 0.6370

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia ditutup di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3255

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9820. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan 0.9820.

 

Tahap rintangan: 0.9820, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9775, 0.9700

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia ditutup di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 56.40, 57.30

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1509.00, 1523.00

Tahap sokongan: 1495.50, 1483.50