83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Januari 2020                  Analisis Sesi Petang

 

 

Mata wang Aussie melonjak susulan data pekerjaan.

Dolar Australia telah meningkat berbanding dengan mata wang lain selepas data pekerjaan menunjukkan penyusutan yang tidak dijangka dalam pengangguran. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, ekonomi Australia telah menambah sebanyak 28.9K pekerjaan pada bulan Disember, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 15K. Di samping itu, kadar pengangguran juga bertambah baik kepada 5.1% dan ia melebihi jangkaan pasaran sebanyak 5.2%. Data-data yang tidak dijangka tersebut telah memberikan kejutan yang positif dan mengubah pertaruhan mereka yang menjangka bank pusat akan mengurangkan kadar bulan depan. Sehingga hari Rabu, jangkaan untuk memotong kadar sebanyak 25 mata asas dari bank pusat Australia (RBA) pada 4 Februari berada pada 56%. Semasa penulisan, AUD / USD telah melonjak sebanyak 0.37% kepada 0.6869.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.43% kepada $ 55.83 setong di tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap virus China. Susulan dengan angka kematian daripada virus telah meningkat kepada 17, sekatan perjalanan telah dikenakan ke atas bandar yang mengandungi 11 juta penduduk dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih memutuskan sama ada untuk mengisytiharkan kecemasan antarabangsa. Kesan virus tesebut boleh menyebabkan impak ekonomi yang ketara dan melumpuhkan permintaan untuk tenaga. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.05% kepada $ 1559.35 se troy auns susulan para pelabur belum membuat keputusan mengenai sentimen semasa bagi komoditi tersebut dan menunggu untuk isyarat selanjutnya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:45        EUR        ECB Monetary Policy Statement

21:30       EUR        ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:45 EUR – Deposit Facility Rate (Jan) -0.50% -0.50%
20:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility) 0.25%
20:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jan) 0.00% 0.00%
23.00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangann di 97.25. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang  berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.70

Tahap sokongan: 96.85, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan 1.3100. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3165, 1.3250

Tahap sokongan: 1.3100, 1.3035

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tinggi saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1070.

 

Tahap rintangan: 1.1110, 1.1160

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1035

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 109.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 109.25.

 

Tahap rintangan: 109.65, 110.20

Tahap sokongan: 109.25, 108.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6850. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6880.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6820

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 0.6600. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6600, 0.6620

Tahap sokongan: 0.6570, 0.6535

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3210.

 

Tahap rintangan: 1.3210, 1.3265

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9690. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi  silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9665.

 

Tahap rintangan: 0.9690, 0.9720

Tahap sokongan: 0.9665, 0.9625

 

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 56.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 55.25.

 

Tahap rintangan: 56.35, 56.80

Tahap sokongan: 55.25, 53.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara selepas ia berundur tahap rintangan di 1561.85. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelumnya memasuki ke pasaran.

 

Tahap rintangan: 1561.85, 1572.10

Tahap sokongan: 1551.10, 1538.45