83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Julai 2019                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 8 – 12  

Reviu Pasaran (Forex): Julai 1 – 5

US Dollar

Dolar AS telah melanjutkan lantunannya pada hari Jumaat lepas sambil menutup pasaran minggu lalu di paras 96.77 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.

 

Bagi minggu lalu, indeks dolar kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan Nonfarm Payrolls. Sebelum pembebasan, beberapa data daripada rantau tersebut memaparkan isyarat yang bercampuran mengenai perkembangan ekonomi semasa. Menurut kepada Institute for Supply Management, PMI bagi sektor pembuatan meningkat ke 51.7, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 51.0 bagi bulan Jun. Namun, PMI bagi sektor bukan pembuatan untuk bulan yang sama telah mengecut dari 56.9 ke 55.1. Selain itu, laporan ADP memaparkan bahawa bilangan pekerjaan yang dijana di dalam sektor swasta telah memberi bacaan hanya 102,000, lebih rendah daripada ramalan ekonomis iaitu 140,000 bagi bulan Jun. Namun, data tersebut adalah lebih tinggi daripada kadar sebelumnya sebanyak 41,000.

 

Secara keseluruhannya, volum dagangan ke atas dolar AS adalah tipis berikutan dengan penutupan pasaran AS sempena dengan Hari Kemerdekaan. Pada hari Jumaat, sentimen pasaran terhadap dolar telah bertukar kepada bullish selepas laporan NFP memberikan bacaan yang positif. Untuk bulan Jun, ekonomi AS telah menjana sebanyak 224,000 pekerjaan, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 160,000. Data tersebut telah meningkat ke paras yang lebih tinggi berbanding dengan sebelumnya yang hanya 72,000. Walaupun Average Hourly Earnings and Unemployment Rate tersasar daripada ramalan, data NFP telah membantu mengurangkan spekulasi ke atas Fed dalam mengambil tindakan yang drastik untuk melonggarkan dasar kewangan.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melantun secara mendadak dari paras rendahnya sambil menutup niaga minggu lepas di kadar 108.45. Yen Jepun yang bertindak sebagai aset selamat telah dijual oleh para pelabur yang mempunyai permintaan lebih tinggi ke atas dolar selepas pembebasan laporan NFP yang bullish. Namun, keuntungan ke atas pasangan USD/JPY adalah terhad sementara risiko perang perdagangan masih berlegar di dalam pasaran susulan dengan pengumuman AS untuk mengenakan tarif ke atas barangan eksport dari EU.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD menjunam secara mendadak pada hari Jumaat lepas sambil menutup niaga minggu lalu di kadar 1.1225. Pada awal minggu lalu, euro menerima tekanan bearish selepas data ekonomi dari Jerman memaparkan risiko kemelesetan ekonomi yang lebih tinggi. Untuk bulan Jun, data Manufacturing PMI dan Unemployment Change telah memberi bacaan sebanyak 45.0 dan -1,000, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 45.4 dan -3,000 masing-masing. Data tersebut telah meningkatkan spekulasi ke atas Bank Pusat Eropah yang berkemungkinan untuk melonggarkan lagi dasar kewangan mereka. Terdahulu, bank pusat tersebut telah memberi isyarat untuk melihat ke dalam kadar faedah negatif dan impaknya ke atas bank komersial. Para pelabur untuk setakat ini akan meneruskan pemantauan ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari zon EU bagi mendapat isyarat yang lebih teliti.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup pasaran minggu lalu di sekitar 1.2524. Secara keseluruhannya, walaupun data ekonomi dari UK memaparkan isyarat bearish, pasangan tersebut masih didagang secara rata bagi sepanjang minggu lalu sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai Brexit dan laporan NFP dari AS. Sterling telah dijual dengan ketara pada hari Jumaat yang lepas selepas para pelabur mengalihkan portfolio ke dalam dolar AS susulan dengan bacaan bullish dari laporan pekerjaan AS. Namun, kerugian yang dialaminya adalah terhad sementara para pelabur menunggu keputusan pemilihan Perdana Menteri UK yang baru dan ia bakal bermula pada 22hb Julai.

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 1 – 5

GOLD

Harga emas telah meneruskan dagangannya di dalam lingkungan yang ketat sementara menutup pasaran minggu lalu di kadar $1,397.95 se troy auns. Secara keseluruhannya, aset selamat tersebut telah menerima tekanan bearish selepas data pekerjaan dari AS telah mengurangkan kemungkinan untuk berlakunya pemotongan kadar faedah sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat polisi pada lewat bulan ini. Namun, kerugian yang dialami oleh aset ini adalah terhad susulan dengan risiko yang masih berlegar di dalam pasaran seperti Brexit, perang perdagangan dan kemelesetan ekonomi global yang menyokong permintaan bagi aset ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya pada sepanjang minggu lalu sambil menutup niaganya di kadar $57.65 setong. Walaupun OPEC dan ahli bukan OPEC telah mencapai konsensus untuk memotong pembekalan bagi 9 bulan yang akan datang, berita tersebut gagal untuk memacu momentum bullish pada harga minyak.

 

Dari aspek bearish, Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) telah melaporkan bahawa pembekalan yang sedia ada adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada paras dari tahun 2010-2014. Laporan tersebut telah meningkatkan keraguan ke atas usaha OPEC dalam memberikan sebarang keputusan yang positif sementara stok berlegar di paras yang tinggi. Ia juga memerlukan masa yang lebih panjang untuk mengimbangkan semula pasaran selepas OPEC mengekalkan paras pemotongan di paras 1.2 juta tong sehari.

 

Selain itu, harga minyak mentah telah menerima tekanan bearish berikutan dengan isyarat pasaran mengenai ketidaktentuan ekonomi global dan masalah perang perdagangan. Baru-baru ini, Beijing telah memberi komen bahawa mereka tidak akan membeli barangan pertanian dari AS sekiranya AS menukar pandangan mereka semasa rundingan perdagangan bersama dengan China. Ketidaktentuan ekonomi global boleh menjejaskan pertumbuhannya yang boleh memberi impak ke atas permintaan komoditi minyak mentah.


 

Tinjauan Pasaran: Julai 8 – 12  

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas testimoni dari Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan ke atas keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Kanada bagi melihat sentimen bank tersebut terhadap tetapan polisi semasa.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 8 – 12

Isnin, Julai 8  

Data

EUR – German Industrial Production (MoM) (May)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Julai 9  

Data

AUD – NAB Business Confidence (Jun)

USD – JOLTs Job Openings (May)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

 

Rabu, Julai 10  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock
CNY – CPI (YoY) (Jun)

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (May)

CAD – BoC Interest Rate Decision

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

CAD – Monetary Policy Report

CAD – BoC Press Conference

USD – FOMC Meeting Minutes

USD – Fed Chair Powell Testifies

 

Khamis, Julai 11  

Data

EUR – German CPI (MoM) (Jun)

USD – Core CPI (MoM) (Jun)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

USD – Fed Chair Powell Testifies

 

 

Jumaat, Julai 12

 

 

Data

CNY – Trade Balance (USD)

USD – PPI (MoM) (Jun)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

CrudeOIL – IEA Monthly Report