83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Oktober 2019                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 14  – Oktober 18

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 7 – 11

US Dollar

Dolar AS yang berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama telah jatuh pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas pada harga 97.99 susulan dengan AS dan China mencapai kesepakatan.

 

Pada minggu yang lalu, Presiden AS Donald Trump telah mencapai perjanjian perdagangan  yang separa dan AS yang menyatakan ia “luar biasa” atau “sangat positif”. China akan membeli $ 40 bilion hingga $ 50 bilion lebih banyak dalam produk pertanian untuk selama dua tahun dan berjanji untuk melindungi harta intelek serta mengalu-alukan lebih banyak perkhidmatan asing untuk mengelakkan kenaikan tarif dari 25% hingga 30% ke atas import China bernilai $ 250 bilion pada minggu ini seperti yang dirancang .

 

Namun, perkembangan positif ini tidak dapat meningkatkan prospek perdagangan dan pertumbuhan global baru-baru ini kerana ia tidak mengurangkan jangkaan pemotongan kadar pada 30 Okt. Berdasarkan dengan data, indeks harga pengguna AS telah menunjukkan pertumbuhan yang lebih lemah dengan bacaan rasmi datang pada hanya 0.1% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 0.2% . Ini telah meningkatkan selanjutnya dalam kemungkinan pemotongan kadar. Kebarangkalian dalam pemotongan kadar telah mencapai sebanyak  67.3%, menurut kepada Fed Rate Monitor Tool.

 

Para pelabur kekal menumpukan perhatian pada tajuk utama dalam perang perdagangan yang masih berterusan kerana kedua-dua negara hanya mencapai gencatan separa dan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Di samping itu, pelabur juga akan memberi tumpuan kepada data yang akan datang untuk mengukur jangkaan  dalam pengurangan kadar sebelum akhir bulan dan juga sentimen.

USD/JPY

USD / JPY telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas sementara menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 108.43. Berikutan dengan perkembangan positif dalam rundingan perdagangan antara A.S dan China, Yen Jepun menerima tekanan yang ketara dari pasaran kerana selera risiko pelabur telah meningkat, justerunya mereka mengalihkan aset mereka ke pasaran yang lebih berisiko.

 

EUR/USD

Pasangan mata EUR / USD telah meningkat pada minggu lalu sementara menutup sesi dagangan Jumaat lalu dengan harga 1.1034. Euro telah mendapat semula kekuatannya berdasarkan pada kelemahan dalam mata wang saingannya, terutamanya dolar A.S. Selain itu, pasangan ini juga mendapat sokongan daripada spekulasi baru dalam ECB  teragak-agak untuk mengelak daripada mengambil sikap yang lebih dovish pada dasar kewangan zon Euro kerana pandangan berpecah di kalangan pegawai-pegawainya.

 

GBP/USD

Kadar pertukaran untuk pasangan mata wang GBP / USD telah melonjak ke paras tertingginya pada minggu lalu sementara menamatkan pasaran pada harga 1.2647. Pada minggu lepas, paun sterling telah menerima permintaan yang ketara selepas Perdana Minster U.K  Boris Johnson telah menyatakan bahawa “Terdapat cara untuk ke hadapan” bagi Brexit. Menurut kepada perkembangan baru-baru ini, perunding EU Michael Barnier telah menerima hakikat bahawa EU tidak dapat menerima kastam sempadan sebagai penyelesaian kepada perjanjian sempadan Ireland. Boris Johnson juga membalas bahawa “ada kerja yang perlu dilakukan” dan ia memberikan getaran yang positif. Namun, pasaran kekal memberi tumpuan kepada perbincangandan perkembangan selanjutnya susulan dengan tarikh akhir Brexit semakin menghampiri.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 7 – 11

GOLD

Harga emas telah mengalami kerugian besar pada minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat lalu dengan harga $ 1488.57 se troy auns. Komoditi tersebut mengalami penjualan yang ketara pada minggu lalu berikutan dengan selera risiko yang tinggi telah memacu pasaran ekuiti dengan lebih tinggi dan memberi tekanan kepada emas. Salah satu pergerakan pasaran terbesar pada hari Jumaat adalah sikap optimistik yang digambarkan oleh Presiden A.S. Trump menjelang pertemuannya dengan Naib Perdana Menteri China Liu He di Rumah Putih pada petang Jumaat. Trump menulis: “Perkara yang baik sedang berlaku dalam pertemuan dengan China. Berbanding dengan perasaan yang lebih hangat dari masa lalu, lebih seperti hari yang lama. Saya akan bertemu dengan Naib Perdana hari ini. Semua ingin melihat sesuatu yang penting berlaku! “. Kenyataan tersebut telah meningkatkan selera risiko pasaran dan menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke pasaran yang lebih berisiko.

 

Crude Oil

Harga minyak telah mendapat semula keyakinannya pada minggu lalu dan meningkat sementara menutup sesi Jumaat lepas pada harga $54.86 setong. Minggu lalu, harga minyak berjaya mengekalkan keuntungannya susulan dengan ketegangan geopolitik yang diperbaharui di Timur Tengah ditambah dengan perkembangan positif dari A.S. dan China.

 

Menurut kepada laporan baru-baru ini, kapal tangki Iran telah diserang dalam pantai Arab Saudi di Laut Merah pada hari Jumaat. Serangan tersebut sekali lagi meningkatkan ketegangan antara Iran dan Arab Saudi walaupun kedua-dua negara telah mencapai persetujuan gencatan senjata separa baru-baru ini. Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada kapal tangki itu diserang oleh peluru berpandu dan keputusan tersebut bolah boleh menjejaskan perjanjian antara Tehran dan Riyadh sekiranya disahkan.

 

Harga minyak dijangka akan kekal meningkat susulan dengan peningkatan ketegangan di Timur Tengah berkemungkinan boleh menyebabkan pengurangan dalam output. Selain itu, perjanjian perdagangan “fasa pertama” yang dicapai oleh A.S dan China juga mendorong komoditi ini.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 14 – 18

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data Retail Sales yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mendapat lebih banyak isyarat pasaran. Selain itu, para pelabur juga akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rundingan perdagangan antara A.S dan China.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 14 – 18

Isnin, Oktober 14  

Data

CNY – Trade Balance (USD) (Sep)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Oktober 15  

Data

GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug)

GBP – Claimant Count Change (Sep)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct)

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes 

 

 

 

 

 

Rabu, Oktober 16

 

Data

NZD – CPI (QoQ) (Q3)

GBP – CPI (YoY) (Sep)

EUR – CPI (YoY) (Sep)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep)

CAD – Core CPI (MoM) (Sep)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Oktober 17  

Data

AUD – Employment Change (Sep)

GBP – Retail Sales (MoM) (Sep)

USD – Building Permits (Sep)

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Oktober 18

 

 

Data

CNY – GDP (YoY) (Q3)

CNY – Industrial Production (YoY) (Sep)

 

Acara

N/A