83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Disember 2019                             Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 16 – 21

 

Reviu Pasaran (Forex): Disember 09- 14

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menjunam sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran Jumaat pada 97.10. Greenback menerima tekanan jualan yang ketara  terhadap pesaingnya di tengah-tengah penyusutan dalam ketegangan perdagangan, data-data yang lemah dan pendirian dovish daripada Bank Pusat AS (Fed).

 

Pada awal minggu lalu, indeks dolar didagang dengan rata berhampiran tahap 97.50 disebabkan kekurangan isyarat daripada data ekonomi dan kemajuan dalam perang perdagangan. Walau bagaimanapun, dolar menerima tekanan jualan yang besar dari pasaran selepas pengumuman kenyataan FOMC yang dovish. Dalam mesyuarat Fed, ahli lembaga pengarah Fed memutuskan untuk meninggalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 1.75%, sambil menekankan bahawa risiko kemerosotan dan kekurangan kemajuan dalam perang perdagangan masih menghantui perkembangan ekonomi AS. Selain itu, Pengerusi Fed, Jerome Powell juga mengulangi bahawa mereka masih berusaha keras dalam dasar monetari kerana ia mencabar bagi mereka untuk menolak kadar inflasi kembali ke sasaran 2%. Oleh itu, adalah percaya bahawa Rizab Persekutuan tidak akan mengubah kadar kadar faedahnya menjelang tahun 2020 kecuali jika peningkatan inflasi berterusan dan ketara muncul.

 

Seterusnya, indeks dolar terus dijual oleh pelabur pasaran selepas data suram telah diumumkan pada hampir akhir minggu lalu. Menurut Census Bureau, data Core Retail Sales dan Retail Sales AS dibebaskan pada bacaan sebanyak 0.1% dan 0.2%, lebih rendah daripada ramalan pakar ekonomi 0.4% dan 0.5% masing-masing sambil menunjukkan tanda perlambatan dalam tingkah laku perbelanjaan pengguna yang seolah-olah disebabkan oleh ketegangan perdagangan antara AS dan China dalam beberapa bulan lepas. Berhubung dengan perang perdagangan, AS dan China akhirnya mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan setelah 18 bulan perang perdagangan tanpa henti. Dalam perjanjian itu, AS bersetuju untuk menghentikan tarif pusingan baru yang dirancang untuk dilancarkan pada Ahad lalu sementara China akan membeli berbilion-bilion dolar produk pertanian dari Amerika Syarikat sebagai kembali. Selain itu, Donald Trump juga menulis bahawa kedua-dua wakil perdagangan negara akan memulakan perbualan fasa 2 dengan serta-merta kerana sentimen perdagangan masih baik. Penyusutan perang perdagangan telah meningkatkan selera risiko pasaran dan akhirnya mendorong pelabur untuk menukar portofolio mereka ke aset yang berisiko seperti dolar Australia dan dolar New Zealand. Pada masa ini, para pelabur akan melihat perkembangan selanjutnya mengenai perbualan perdagangan dan lebih banyak data ekonomi untuk mengukur arah dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah  pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 109.35. Pada minggu lalu, berita-berita baik dari perjanjian perdagangan AS dan China dan pilihan raya umum UK telah meningkatkan selera risiko pasaran. Sentimen pasaran aset selamat terus jatuh selepas data yang suram dibebaskan di Jepun. Menurut Bank of Japan, indeks Tankan Large Manufacturers mencapai tahap 0, lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi iaitu 2, sementara menunjukkan bahawa sektor pembuatan tidak berkembang baru-baru ini. Oleh itu, selera risko yang tinggi terus memberikan momentum bullish bagi pasangang tersebut.

 

EUR/USD

EUR/USD telah mencatat keuntungan pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1120. Pasangan ini menerima pembelian yang besar oleh kerana kelemahan dolar dan perkembangan positif Brexit. Pada minggu lalu, data yang suram dari rantau Amerika Syarikat menaikkan permintaan mata wang pasaran lain seperti euro. Selain itu, parti konservatif yang diketuai oleh Boris Johnson akhirnya memenangi pemilihan umum dengan majoriti, meningkatkan kemungkinan UK dapat meninggal dari Kesatuan Eropah sebelum tarikh akhir pada 31 Januari 2020. Jika Brexit berlaku dengan lancar antara UK dan EU, akhirnya akan bermanfaat kedua-dua negara ekonomi dalam keadaan perdagangan pada masa depan

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3340. Pada minggu lepas, pelabur memilih untuk meletakkan lebih banyak modal ke dalam pasaran paun, pertaruhan terhadap parti Boris Johnson akan memenangi majoriti kerusi parlimen dalam pilihan raya umum pada hari Jumaat. Dalam tinjauan terakhir YouGov, keputusannya menunjukkan bahawa parti konservatif akan memenangi 368 kerusi pada pilihan raya umum manakala parti Buruh dijangka akan hanya memenangi 191 kerusi sahaja. Walau bagaimanapun, Parti Konservatif berjaya memenangi pilihan raya umum seperti yang diramalkan dalam tinjauan, sementara memperoleh majoriti 80 kerusi berbanding dengan parti pembangkang. Selepas pilihan raya umum ini, pasaran masih akan terus memberikan perhatian mereka terhadap perkembangan Brexit manakala tugas pertama pentadbiran Boris Johnson yang baru ini akan mengundi pada Rang Undang-undang Perjanjian Brexit.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 09- 14

GOLD

Harga emas telah menyusut ke paras rendah sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1474.40 se troy auns. Awal minggu lalu, emas menerima permintaan yang besar dari pasaran selepas data pesimis dikeluarkan di rantau Amerika Syarikat, seperti data Core Retail Sales dari AS yang mengecewakan para peserta pasaran. Selain itu, momentum kenaikkan terus menimbang pada logam kuning ini selepas Fed mengeluarkan pendiriannya yang dovish terhadap  prospek ekonomi AS pada masa depan. Walau bagaimanapun, keuntungan emas telah dihadkan selepas berita perkembangan yang positif dalam rundingan perdagangan dan kemenangan pilihan raya oleh parti konservatif. Oleh itu, ia akhirnya meningkatkan selera risiko pasaran dan menyeret permintaan aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan harga $ 59.75 setong. Harga minyak telah didagang dengan tinggi oleh peserta pasaran sepanjang minggu lepas di tengah-tengah perkembangan perbincangan perdagangan antara AS dan China yang positif.

 

Pada awal minggu ini, komoditi hitam ini dijual oleh peserta pasaran selepas data inventori AS menunjukkan stok simpanan inventori minyak mentah yang telah meningkat. Menurut API, data inventori minyak mentah dibebaskan pada 1.410 juta, lebih tinggi daripada unjuran ahli ekonomi iaitu  -3.720 juta. Selain itu, inventori minyak mentah EIA juga menunjukkan binaan dalam minyak mentah. Data minyak mentah dibebaskan pada 0.822M, berbanding ramalan ahli ekonomi dengan -2.763 juta, sementara menunjukkan permintaan minyak mentah telah lemah akibat pesimisme perkembagnan perdagangan sebelumnya.

 

Walaubagaimanapun, harga minyak telah menerima tekanan beli yang ketara selepas Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk gencatan senjata selepas 18 bulan rundingan. Para pelabur semakin yakin terhadap pasaran minyak mentah kerana mereka percaya bahawa penamatan perang perdagangan pasti akan meningkatkan permintaan minyak masa depan. Selain itu, pengeluaran minyak baru oleh OPEC dan sekutunya juga menyokong harga minyak untuk naik. Setakat ini, pelabur akan terus memantau lebih banyak data inventori untuk mengukur arah selanjutnya pasaran minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 16 – 21

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data Philadelphia Fed Manufacturing dan data GDP untuk mengetahui arah tuju mata wang dolar AS.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 16 – 21

Isnin, 16hb Disember  

Data

CNY – Industrial Production (YoY) (Nov)
EUR – German Manufacturing PMI (Dec)
GBP – Composite PMI

GBP – Manufacturing PMI

GBP– Services PMI

 

Acara

N/A

 

Selasa, 17hb Disember  

Data

GBP – Average Earnings Index +Bonus (Oct)

GBP – Claimant Count Change (Nov)

USD – Building Permits (Nov)
USD – JOLTs Job Openings (Oct)

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes

 

Rabu, 18hb Disember  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

EUR – German Ifo Business Climate Index (Dec)

GBP – CPI (YoY) (Nov)

EUR –  CPI (YoY) (Nov)
CAD –  Core CPI (MoM) (Nov)

CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

 

 

Khamis, 19hb Disember

 

Data

NZD – GDP (QoQ) (Q3)

AUD – Employment Change (Nov)

JPY – BoJ Interest Rate Decision

GBP – Retail Sales (MoM) (Nov)

GBP – BoE Interest Rate Decision (Dec)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec)
USD – Existing Home Sales (Nov)

 

Acara

JPY – BoJ Press Conference

GBP – BoE MPC Meeting Minutes

 

 

Jumaat, 20hb Disember

 

 

Data

GBP– GDP (YoY) (Q3)

USD – GDP (QoQ) (Q3)

CAD– Core Retail Sales (MoM) (Oct)
USD – Michigan Consumer Sentiment (Dec)

 

Acara

N/A

 

Saturday, 21hb Disember Data

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count