83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Januari 2020                      Analisis Mingguan

 

 Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 20 – 25

Reviu Pasaran (Forex): Januari 13 – 17

US Dollar

Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lepas sambil menutup niaganya di kadar 97.33 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Dolar AS telah menerima permintaan yang lebih tinggi pada hari Jumaat lepas berlatarbelakangkan data perumahan yang optimis dan ia telah meningkatkan spekulasi bahawa ekonomi AS akan meneruskan pertumbuhannya dengan lebih lanjut. Menurut kepada US Commerce Department, Housing Starts bagi bulan Disember telah meningkat sebanyak 16.9% ke 1.61 juta unit, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 1.38 juta unit. Data tersebut juga telah mencatat peningkatan yang tertinggi di dalam tempoh 13 tahun. Peningkatan pada housing starts telah meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan pelaburan perumahan bagi suku terakhir tahun lepas. Namun, para pelabur menjangkakan bahawa ia bakal mengalami pembetulan teknikal bagi bulan Januari.

 

Walaubagaimanapun, kenaikan yang dialami oleh dolar AS adalah terhad selepas data terkini memaparkan penyusutan pada permintaan pekerjaan dan sentimen pengguna. Menurut kepada US Labor Department, Job Openings and Turnover Survey (JOLTs) memberi bacaan hanya 6.8 juta, lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 7.23 juta. Selain itu, Consumer Sentiment Index dari University of Michigan telah menyusut dari paras tinggi tujuh bulan iaitu 99.3 ke 99.1 bagi bulan Januari. Kedua-dua data tersebut yang memaparkan penyusutan dari segi permintaan pekerjaan dan sentimen pengguna telah meningkatkan spekulasi bahawa perbelanjaan pengguna akan mengalami penyusutan sambil mendorong pertumbuhan yang lembap ke atas kadar inflasi.

 

Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data ekonomi yang lebih lanjut serta rundingan perdagangan fasa kedua diantara AS dan China bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 


 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah meneruskan kenaikannya sambil menutup pasaran minggu lepas di 110.13. Yen Jepun telah menerima tekanan menurun selepas AS dan China menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama pada minggu lepas. Penyusutan ketegangan perdagangan diantara kedua-dua negara telah meningkatkan permintaan bagi aset berisiko yang lain seperti dolar Australia. Namun, kenaikan pada pasangan tersebut adalah terhad susulan dengan risiko geopolitik di Libya serta masalah Brexit di UK.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas sambil menutup pasaran di 1.1088. Euro telah menerima tekanan bearish pada minggu lepas selepas data optimis dari AS telah meningkatkan sentimen positif para pelabur terhadap mata wang dolar AS. Apabila dibandingkan diantara satu sama lain, perkembangan ekonomi di AS adalah lebih mampan apabila dibandingkan dengan EU walaupun terdapatnya risiko perang perdagangan sebelum ini. Namun, kerugian yang dialami oleh pasangan ini adalah terhad susulan dengan pembebasan minit mesyuarat dari Bank Pusat Eropah (ECB). Menurut kepada ECB, mereka berpendapat bahawa ekonomi EU mempunyai “petanda” yang bakal mendorong kepada peningkatkan kadar inflasi. Komen tersebut telah diberikan susulan dengan pencapaian perjanjian fasa pertama diantara AS dan China yang telah mendorong kepada penyusutan ketegangan perdagangan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lepas sambil menutup niaga di tahap 1.3005. Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya selepas Menteri Kewangan UK Sajid Javid memberi komen bahawa bisnes di UK akan mengalami impak negatif dari Brexit. Komen tersebut telah disampaikan selepas Perbendaharaan UK menegaskan bahawa mereka tidak akan membantu para pengeluar yang menyokong syarat perdagangan EU oleh kerana mereka telah diberikan tempoh masa selama 3 tahun untuk bersiap sedia ke atas Brexit. Buat setakat ini, para pelabur akan memberikan tumpuan ke atas rundingan perdagangan diantara UK dan EU yang bakal bermula selepas tarikh akhir Brexit iaitu 31hb Januari 2020.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 30 – Januari 3

GOLD

Harga emas kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sambil menutup niaganya di kadar $1,557.02 se troy auns. Pada awal minggu lalu, niaga hadapan emas telah menerima tekanan bearish selepas AS dan China menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama yang telah mendorong kepada penyusutan risiko di dalam pasaran. Namun, kerugian yang dialami adalah terhad berikutan dengan risiko Brexit yang masih berlegar di UK.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan kenaikannya sambil menutup niaga pada minggu lepas di tahap $58.74 setong. Harga minyak telah melanjutkan pemulihan dari paras yang rendah berikutan dengan penandatangan perjanjian perdagangan fasa pertama diantara AS dan China. Ketegangan perdagangan yang makin menyusut telah mendorong kepada spekulasi pemulihan ekonomi global dan secara langsung bakal meningkatkan permintaan minyak mentah pada jangka panjang. Walaubagaimanapun, kenaikan pada harga minyak adalah terhad selepas laporan terkini memaparkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat dari 659 ke 673 bagi minggu lepas. Kadar pelantar minyak yang makin meningkat bakal mendorong kepada pembekalan yang lebih tinggi dan ini akan memburukan lagi keadaan lebihan stok minyak global global.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 20 – 25

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi dari UK, AS dan EU bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas laporan inventori mingguan dari American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 20 – 25

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 20hb Januari 2019
9:30 CNY PBoC Loan Prime Rate 4.15%
Selasa – 21hb Januari 2019
02:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
17:30 GBP Average Earning Index + Bonus (Nov) 3.1% 3.2%
17:30 GBP Claimant Count Change (Dec) 24.5K 28.8K
18:00 EUR German Zew Economic Sentiment (Jan) 15.0 10.7
Rabu – 22hb Januari 2020
17:30 GBP Retail Sales (MoM) (Dec) 0.5% -0.6%
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Dec) -0.2%
23:00 USD Existing Home Sales (Dec) 5.43M 5.35M
23:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:00 CAD BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
Khamis – 23hb Januari 2020
08:30 AUD Employment Change (Dec) 15.0K 39.9K
20:45 EUR Deposit Facility Rate (Jan) -0.50% -0.50%
20:45 EUR ECB Marginal Lending Facility 0.25%
20:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Jan) 0.00% 0.00%
Jumaat– 24hb Januari 2020
00:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories -2.549M
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Jan) 44.5 43.7
17:00 EUR German ifo Business Climate Index (Jan) 95.5 96.3
17:30 GBP Composite PMI v 50.5 49.3
17:30 GBP Manufacturing PMI 47.6 47.5
17:30 GBP Services PMI 49.4 50.0
17:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30 CAD Core Retail Sales MoM (Nov) 0.4% -0.5%
Sabtu – 25hb Januari 2020
02:00 CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 673