83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Julai 2019               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 22 – 26  

Reviu Pasaran (Forex): Julai 15 –Julai 19

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran hari Jumaat lepas di kadar 96.75. Pada minggu lepas, data ekonomi yang optimis dari AS telah meningkatkan permintaan pasaran terhadap mata wang dolar sementara isyarat dovish dari ahli Bank Pusat AS (Fed) telah mengehadkan kenaikannya.

 

Pada awal minggu lalu, dolar AS telah menerima momentum bullish yang ketara susulan dengan pembebasan data Core Retail Sales dan Philadelphia Fed Manufacturing Index. Kedua-dua data tersebut telah memberi bacaan sebanyak 0.4% dan 21.8, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 0.1% dan 5.0 masing-masing. Data ekonomi yang optimis ini telah meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap dolar AS sementara mereka masih menjangkakan Fed untuk memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada keputusan kadar faedah yang akan datang. Sementara itu Presiden AS Donald Trump telah mengancam China bahawa Washington boleh mengenakan tarif ke atas negara tersebut pada bila-bila masa selepas China gagal untuk memenuhi janji yang dibuat semasa sidang kemuncak G20 di Jepun. Terdahulu, China telah bersetuju untuk membeli barangan pertanian dari AS sementara AS akan memansuhkan status hitam Huawei dan membenarkannya untuk membuat perniagaan bersama syarikat AS semula. Ketegangan diantara dua negara ini telah mendorong para pelabur untuk memasuki ke dalam mata wang yang lain bagi mengelak dari ketidaktentuan.

 

Pada minggu lepas, penampilan dolar telah susut selepas ahli Fed seperti John Williams dan Richard Clarida memberi komen mengenai keadaan ekonomi AS. Clarida menegaskan bahawa keadaan ekonomi AS adalah masih kukuh. Namun beliau juga menyatakan bahawa risiko ketidaktentuan adalah masih tinggi sementara ditambah pula dengan tekanan kemelesetan berskala global. Selain itu Williams mengulas bahawa Fed perlu mengambil tindakan awal sebelum sebarang kelemahan berlaku bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi.

 

USD/JPY

USD/JPY telah meneruskan kerugiannya dari paras tinggi terdahulu sambil menutup pasaran Jumaat lepas di 107.70. Pada minggu lalu, Yen Jepun menerima permintaan yang tinggi sebagai aset selamat berikutan dengan isyarat dovish dari ahli Fed. Fed yang lebih bias kepada bearish telah mengukuhkan jangkaan pasaran untuk memotong kadar faedah semasa mesyuarat polisi yang akan datang. Selain itu, data Core CPI dari Jepun yang lebih kukuh juga telah meningkatkan pembelian pasaran terhadap Yen Jepun selepas ia memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 0.6%.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah meneruskan kerugiannya bagi minggu lepas sambil menutup pasaran Jumaat di kadar 1.1220. Pada awal minggu lalu, Euro telah menerima tekanan menurun yang ketara susulan dengan pembebasan data ekonomi yang suram seperti German ZEW Economic Sentiment dan German PPI. Kedua-dua data tersebut memberi bacaan sebanyak -24.5 dan 0.4%, lebih lemah daripada jangkaan ekonomis iaitu -22.1 dan -0.1% masing-masing. Data tersebut memaparkan bahawa risiko kemelesetan ekonomi masih menghantui pasaran zon EU. Bagi menyelesaikan masalah ini, Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengumumkan untuk memulakan semula program pembelian bon pada bulan November dan mengambil langkah yang sepatutunya bagi menyokong perkembangan ekonomi zon EU. Untuk setakat ini, para pelabur menjangkakan ECB untuk mengekalkan kadar faedah mereka semasa mesyuarat yang akan datang sementara memberi fokus kepada ucapan dari presidennya Mario Draghi semasa sidang media bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah meneruskan kerugiannya bagi sepanjang minggu yang lepas dan ia telah menutup niaganya di sekitar 1.2500. Pada minggu lalu, ketidaktentuan Brexit masih menguasai trend bearish pound sterling selepas calon Boris Johnson yang berpendirian “Brexit keras” mendahului pilihan perdana menteri British yang akan datang. Beliau menegaskan untuk membawa Brexit kepada UK sebelum 31hb Oktober tidak kira apa jua keputusannya. Para pelabur menjual pegangan mereka ke atas pound sterling berikutan dengan risiko Brexit keras yang makin meningkat. Namun, kerugian pada pound adalah terhad selepas data ekonomi memaparkan isyarat positif mengenai keadaan ekonomi UK. Menurut kepada laporan, data Retail Sales memberi bacaan sebanyak 1.0%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu -0.3%. Data tersebut telah dilepaskan sebelum keputusan pemilihan Perdana Menteri UK yang baru diumumkan di dalam minggu ini.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 15 – Julai 19

GOLD

Harga emas telah meneruskan lantunannya sambil menutup niaga di kadar $1,408.85 se troy auns. Aset ini menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran selepas ahli Fed memberikan isyarat yang dovish dan ia telah memaksa para pelabur untuk memasuki ke dalam aset selamat seperti emas. Selain itu, ahli ECB Coeure dengan ulasan negatif mengenai risiko yang menyelubungi zon Eropah telah mendorong para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran emas. Namun, penampilan aset ini telah susut selepas AS melepaskan data yang positif pada minggu lewat minggu lepas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan pengundurannya dari paras tinggi 7 minggu sambil menutup niaga di kadar $55.75 setong. Pada awal minggu lepas, harga minyak telah didagang dengan aliran menurun selepas GDP China memberi bacaan hanya 6.2%, kadar yang paling terendah di dalam 27 tahun dan ia memaparkan isyarat kepada penyusutan permintaan minyak dari China berikutan dengan impak dari perang perdagangan.

 

Selain itu, data pesimistik dari laporan API dan EIA juga telah menurunkan sentimen pasaran selepas datanya memberi bacaan sebanyak -3.116 juta dan -1.401 juta, lebih rendah daripada bacaan terdahulu sebanyak -9.499 juta dan -8.129 juta. Walaupun data tersebut memaparkan penurunan pada stok minyak, pembekalan minyak global yang masih tinggi telah melebihi permintaan sebanyak 0.9 juta tong sehari bagi separuh tahun pertama 2019. Justeru, para pelabur telah memberikan keraguan mereka ke atas pelan pembekuan pembekalan OPEC dan keupayaannya untuk menyelesaikan masalah kelebihan stok global. Selain itu, laporan terkini juga mendapati bahawa pembekal di sepanjang perairan Mexico telah memulakan kembali operasi mereka selepas ia dilanda oleh ribut taufan Barry. Laporan ini telah melemahkan lagi sentimen para pelabur terhadap aset minyak mentah.

 

Namun, peningkatan ketegangan geopolitik telah mengurangkan kerugian yang dialami oleh komoditi minyak mentah. Pada minggu lepas, berita terkini melaporkan bahawa kapal pembekalan minyak dari UK telah ditahan oleh Iran berhampiran dengan perairan Persia. Kerajaan UK memberi amaran kepada Iran untuk membebaskan tahanan tersebut atau Iran akan berdepan dengan “reaksi yang serius”. Selain itu, ketegangan geopolitik diantara AS dan Iran makin meningkat selepas laporan terkini mendapati bahawa AS telah menembak jatuh drone Iran dengan menggunakan pengangkut pesawat AS (USS Boxer) pada hari Khamis lepas selepas ia mengingkari amaran dan mendekati kapal ketenteraan AS.

 

Jangkaan Pasaran: Julai 22 – 26

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi yang penting seperti GDP di AS untuk melihat arah tuju pasaran FX. Selain itu, keputusan mesyuarat ECB dan kenyataannya akan digunakan untuk menentukan arah aliran pasangan EUR/USD.

 

Bagi pedagang minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada paras inventori minyak AS dari API dan EIA untuk memantau permintaan minyak dari AS.

 

Data Ekonomi Kemuncak Bagi Minggu: Julai 22 – 26

Isnin, Julai 22  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Julai 23  

Data

USD – Existing Home Sales (Jun)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Julai 24  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock
NZD – Trade Balance (Jun)

EUR – French Manufacturing PMI (Jul)

EUR – French Services PMI (Jul)
EUR – German Manufacturing PMI (Jul)

EUR – German Services PMI (Jul)
EUR – Manufacturing PMI (Jul)

EUR – Markit Composite PMI (Jul)

EUR – Services PMI (Jul)

USD – Manufacturing PMI (Jul)

USD – Markit Composite PMI

USD – Services PMI (Jul)

USD – New Home Sales (Jun)
CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Julai 25  

Data

AUD – RBA Governor Lowe Speaks
EUR – German Ifo Business Climate Index

EUR – Deposit Facility Rate
EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul)

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara
EUR – ECB Monetary Policy Statement

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Julai 26

 

 

Data

JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Jul)
USD – GDP (QoQ) (Q2)
USD – Michigan Consumer Sentiment

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A