83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 September 2019               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 23 – 27

Reviu Pasaran (Forex): September 16 – 20

US Dollar

Indeks dolar telah berjaya melantun semula dari paras terendahnya selepas ia dibuka rendah dengan jurang yang besar pada awal minggu lalu berikutan dengan beberapa siri data yang positif dan kekhuatiran terhadap perang perdagangan yang makin menyusut.

 

Pada awal minggu lalu, indeks dolar kekal didagang pada paras 98.00 sementara para pelabur mengawasi keputusan kadar faedah daripada Federal Reserve. Sebelum pengumuman itu, majoriti peserta pasaran menjangkakan bahawa bank pusat AS akan memotong kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas dalam mesyuarat ini kerana data ekonomi baru-baru ini menunjukkan bahawa ekonomi AS masih terperangkap dalam tahap kemerosotan, yang di mana dapat dilihat di penurunan bacaan pada data Manufacturing PMI. Selaras dengan itu, pasaran tidak memberi tekanan jualan yang kuat kepada dolar kerana jangkaan pada penurunan kadar faedah telah dicerna oleh pasaran pada masa kini. Sebaliknya, dolar menerima momentum kenaikan berikutan dengan pandangan yang optimistik dalam prospek ekonomi daripada Pengerusi Fed, Jerome Powell semasa sidang akhbar. Dalam persidangan itu, Jerome Powell menegaskan bahawa ekonomi AS masih kukuh dan berdaya tahan manakala tiada perubahan pada unjuran inflasi dengan sasaran sebanyak 2%

 

Di samping itu, data yang dibebaskan sepanjang minggu lepas juga meningkatkan permintaan para pelabur terhadap indeks dolar. Data ekonomi positif termasuk Permit Pembangunan, Pengeluaran Perindustrian, Indeks Pembuatan Fed Philadelphia dan Penjualan Rumah Sedia Ada di mana semua data ini menunjukkan bacaan yang lebih tinggi ketika dibandingkan dengan ramalan ahli ekonomi. Di samping itu, tahap perwakilan perundingan perdagangan baru-baru ini berakhir di antara China dan Amerika Syarikat telah menunjukkan beberapa tanda penyusutan dalam pertikaian perdagangan. Dalam perundingan perdagangan, mereka telah membincangkan isu mengenai harta intelektual, membeli produk pertanian dari AS dan susut nilai China Yuan baru-baru ini. Setakat ini, pelabur akan terus meneliti perkembangan selanjutnya mengenai perundingan perdagangan antara kedua-dua negara dan lebih banyak data ekonomi untuk mengukur arah indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah Yen Jepun berlegar berhampiran 107.50 sepanjang minggu lalu dan menutup pasaran Jumaat di kadar 107.55. Pada awal minggu lepas, pasangan USD / JPY menerima momentum kenaikan yang kuat dari pasaran dan meningkat ke tahap tertinggi 7 minggu susulan dengan data positif dari rantau Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pendirian neutral dari Bank of Japan dalam mesyuarat BoJ telah berjaya menurunkan permintaan pasangan USD/JPY kerana BoJ memutuskan untuk kekal kadar faedah pada -0.10% meskipun risiko pertumbuhan global meningkat. Di samping itu, mereka juga mendedahkan bahawa mereka masih mempunyai banyak pilihan untuk melonggarkan dasar monetari mereka jika ekonomi global menunjukkan perkembangan risiko yang jelas.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran Jumaat pada 1.1020, ditekan oleh nada dovish dari European Central Bank (ECB) dan risiko Brexit. Dalam penyataan dasar monetari terkini, Pengerusi ECB Mario Draghi memutuskan untuk mengurangkan kadar kemudahan deposit ke -0.50% dari sebelumnya -0.40% sambil terus melonggarkan dasar monetari mereka dengan melaksanakan lebih banyak rangsangan seperti membeli lebih banyak bon dari bank komersial untuk meletakkan lebih banyak wang  ke pasaran bermula dari November tahun ini. Para pelabur kini mengawasi lebih banyak data ekonomi seperti PMI Pembuatan Jerman dari Zon Eropah untuk mengukur arah selanjutnya euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD berundur dari paras tertinggi dalam tempoh dua bulan dan menutup pasarannya pada hari Jumaat di kadar 1.2465.  Pound sterling terus menerima tekanan besar dari pasaran akibat ketidaktentuan Brexit. Baru-baru ini, EU Presiden Juncker mendedahkan bahawa dia sanggup bekerjasama dengan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk mencapai kesepakatan sebelum tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober 2019, kerana dia memahami bahawa Brexit keras pasti akan menyebabkan kemelesetan terhadap ekonomi kedua-dua negara. Selain itu, Menteri luar Ireland Simon Coveney mengulangi bahawa risiko Brexit yang keras semakin meningkat kerana tidak ada draf konkrit yang dilihat antara UK dan EU namun ini jelas menunjukkan isu Backstop Ireland masih tidak dapat diselesaikan.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 16 – 20

GOLD

Harga emas berjaya melanjutkan keuntungannya sepanjang minggu lepas dan menutup pasaran Jummat di  $ 1516.50 setroy auns. Daya tarikan bagi logam kuning ini adalah masih kukuh di dalam pasaran komoditi susulan dengan peningkatan ketegangan antara AS dan Iran. Pada awal minggu lalu, Presiden AS Donald Trump mendedahkan bahawa Iran adalah pemimpin yang melancarkan serangan ke Arab Saudi, dan menyebabkan dua loji pengeluaran minyak dimusnahkan. Susulan dengan serangan terhadap kemudahan minyak di Arab Saudi, AS segera mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan tarif ke atas produk Iran dan mengkritik bahawa serangan itu adalah ‘tindakan perang’. Pada hari Sabtu yang lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengerahkan pasukan tentera ke Arab Saudi untuk tujuan pertahanan dan berita ini mencetuskan momentum menaik di pasaran emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal didagang pada paras $58.65 setong dan menutup pasarannya di $60.00 pada hari Jumaat berikutan dengan serangan Iran terhadap dua loji pengeluaran minyak Arab Saudi.

 

Pada awal minggu lalu, pemberontak Houthi mengambil tanggungjawab untuk serangan drone ke atas loji pengeluaran minyak di Arab Saudi. Serangan itu menjejaskan pengeluaran dan eksport bekalan tenaga global dan berjumlah 5 juta tong sehari pengeluaran telah terjejas. Penutupan loji pengeluaran minyak menyebabkan harga minyak menaik ke paras tertinggi 4 bulan oleh sebab kebimbangan pasaran terhadap bekalan minyak yang berkemungkinan tidak mencukupi pada bulan-bulan akan datang. Walau bagaimanapun, sentimen negatif terhadap pasaran komoditi hitam ini telah susut selepas Putera Arab Saudi berkata tahap pengeluaran minyak dapat dipulihkan kembali ke tahap pengeluaran harian normal dalam masa 2 hingga 3 minggu, dan percaya bahawa pengeluaran minyak dapat meningkat kembali ke 13 juta tong sehari bermula dari November 2019.

 

Kemudian minggu lepas, data inventori minyak mentah yang pesimis memberikan tekanan terhadap harga minyak mentah susulan dengan data yang menunjukkan kenaikan dalam stok minyak mentah di AS. Menurut data inventori, data inventori EIA dan API dibebaskan masing-masing pada bacaan sebanyak 1.058M dan 0.592M, tersasar daripada ramalan ahli ekonomi. Walau bagaimanapun, kerugian harga minyak mentah telah dihadkan selepas berita baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda penyusutan dalam pertikaian perdagangan antara AS dan China. Pada minggu lalu, perbualan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah berakhir sementara isu-isu seperti harta intelek dan produk pertanian telah dibawa ke atas meja dan dibincangkan. Setakat ini, tiada apa-apa perincian perbincangan perdagangan telah diumumkan tetapi ia  meningkatkan jangkaan pasaran terhadap kesepakatan perdagangan berkemungkinan dapat dicapaikan pada masa yang akan datang dan dimana akan meningkatkan permintaan global terhadap minyak mentah. Setakat ini, pasaran akan terus meneliti data inventori dan perkembangan selanjutnya terhadap sekatan AS terhadap Iran.

 

Pandangan Mingguan: September 23 – 27

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data GDP dan data Home Sales untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut dari pasaran.

 

Bagi pelabur minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada paras inventori minyak di AS dari API dan EIA bagi menentukan kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak Bagi Minggu: September 23- 27

Isnin, September 23  

Data

EUR – German Manufacturing PMI (Sep)

USD – Manufacturing PMI (Sep)

USD – Services PMI (Sep)

 

Acara

N/A

 

Selasa, September 24  

Data

EUR – German Ifo Business Climate Indeks (Sep)

USD – CB Consumer Confidence (Sep)

 

Acara

N/A

 

Rabu, September 25  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

USD – New Home Sales (Aug)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

NZD – RBNZ Rate Statement
NZD – RBNZ Press Conference

 

 

Khamis, September 26  

Data

EUR – GfK German Consumer Climate (Oct)

USD – GDP (QoQ) (Q2

USD – Initial Jobless Claims

USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, September 27

 

 

Data

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Aug)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A