83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Ogos 2019              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 26 – 30   

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 19 – 23  

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat pada paras 97.50 di tengah-tengah peningkatan ketegangan perang perdagangan di antara AS dan China.

 

Pada awal minggu lepas, indeks dolar telah didagang secara rata sebelum menjunam ke paras rendah seminggu susulan dengan ketegangan perang perdagangan di antara AS dan China. Indeks dolar telah berayun berdekatan paras 98.00 sementara menerima sokongan menaik berikutan data yang positif dan kenyataan yang optimis daripada ahli Fed. Menurut kepada National Association of Realtors, data Existing Home Sales AS telah memberi bacaan sebanyak 5.42M, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis sebanyak 5.39M serta memaparkan sektor perumahan yang stabil. Selain itu, dolar AS menerima sokongan menaik berikutan dengan komen ahli Fed Harker yang menyatakan bahawa ekonomi AS masih kukuh dan tidak perlu melanjutkan pemotongan kadar.

 

Walau bagaimanapun, para pelabur masih bimbang terhadap penggerakan pasaran FX akibat daripada lantunan daripada hasil bon perbendaharaan yang mengisyaratkan kemelesetan ekonomi. Tambahan pula, indeks dolar menerima penjualan secara mendadak berikutan dengan ketegangan perang perdagangan di antara dua ekonomi terbesar. Pada lewat minggu lepas, China telah mengumumkan tarif sebanyak 10% ke atas barangan AS yang akan berkesan pada 1hb September dan 15hb Disember. Selain itu, Beijing juga mengumumkan tarif sebanyak 25% dan 5% ke atas kenderaan AS dan juga bahagian-bahagian kenderaan masing-masing. Tindakan China telah menyebabkan Presiden AS Donald Trump untuk meningkatkan tarif sebelum ini dari 25% ke 30% ke atas $250 bilion barangan China. Selain itu, tarif yang telah ditangguhkan sebelum ini juga ditingkatkan dari 10% ke 15% ke atas $300 bilion barangan China. Peningkatan ketegangan perang perdagangan telah mencetuskan momentum bearish yang ketara ke atas dolar dan meningkatkan penampilan aset selamat.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah menjunam dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat pada paras 105.40. Permintaan terhadap aset selamat telah meningkat berikutan dengan ketegangan perang perdagangan AS dan China. Tarif yang telah dikenakan oleh dua pihak telah menjejaskan perkembangan ekonomi mereka dan juga meningkatkan risiko kemelesetan ekonomi global. Selain itu, perkembangan dalam perundingan di antara AS dan Jepun juga meningkatkan penampilan Yen Jepun sementara para pelabur menjangkakan pencapaian perjanjian di antara dua negara tersebut boleh terjadi semasa bulan September.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan keuntungannya sepanjang minggu lepas di tengah-tengah pembebasan data ekonomi yang positif dari rantau Zon Eropah. Pada awal minggu lepas, data PPI dan Manufacturing PMI Jerman telah memberi bacaan sebanyak 0.1% dan 43.6 masing-masing, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 0.0% dan 43.0. Namun, keuntungan euro telah dihadkan oleh sentimen yang dovish daripada Bank Pusat Eropah (ECB) yang menegaskan keinginannya untuk melanjutkan dasar kewangan mereka dengan pemotongan kadar atau program pembelian bon. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data ekonomi yang selanjutnya dan laporan daripada ECB untuk memantau penggerakan euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah mengekalkan kekukuhannya pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat pada paras 1.2290. Pound telah menerima permintaan yang lebih tinggi berikutan dengan laporan yang optimis mengenai Brexit di mana Canselor Jerman Angela Merkel memberi koman bahawa isu sempadan Ireland boleh diselesaikan sebelum tarkih Brexit pada 31hb Oktober. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian kepada pembebasan data ekonomi yang selanjutnya serta perkembangan Brexit untuk mendapatkan isyarat yang lebih jelas.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 19 – 23   

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan minggu lepas sementara menutup pasaran berdekatan $1528.35 se troy auns di tengah-tengah sikap penghindaran risiko para pelabur akibat daripada ketegangan perang perdagangan. Pada Jumaat lepas, harga emas telah mengalami permintaan secara mendadak selepas AS dan China mengumumkan tarif terhadap satu sama lain yang mencetuskan kebimbangan risiko kemelesetan ekonomi global.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhannya pada minggu lepas sementara menutup pasaran berdekatan $53.85 setong di tengah-tengah data yang bercampuran dan ketegangan perang perdagangan.

 

Pada awal minggu lepas, sentimen terhadap komoditi tersebut telah menambah baik selepas laporan daripada Energy Information Administration (EIA) menunjukkan penurunan pada paras inventori sebanyak 2.7 juta tong, lebih banyak daripada jangkaan ekonomis untuk dikurangkan sebanyak 1.889 juta tong sahaja. Namun, peningkatan harga minyak telah dihadkan oleh ketegangan perang perdagangan pada Jumaat lepas. Harga komoditi tersebut telah menjunam selepas China mengumumkan tarif ke atas $75 bilion barangan AS serta meningkatkan kebimbangan penyusutan ekonomi global. Para pelabur telah mengambil kesempatan tersebut untuk menjual minyak mentah berikutan dengan jangkaan penyusutan permintaan minyak global. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada data inventori minyak dan juga perkembangan perang perdagangan AS-China untuk memantau selanjutnya penggerakan minyak mentah.


 

Tinjauan Pasaran: Ogos 26 – 30       

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data penting seperi GDP dan Core PCE Price Index yang akan diumumkan pada minggu ini untuk mendapatkan isyarat pasaran yang lebih lanjut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 26 – 30

Isnin, Ogos 26  

Data

EUR – German Ifo Business Climate Index (Aug)

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Ogos 27  

Data

EUR – German GDP (QoQ) (Q2)

USD – CB Consumer Confidence (Aug)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Ogos 28  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

 

 

Khamis, Ogos 29

 

Data

EUR – German Unemployment Change (Aug)

EUR – German CPI (MoM) (Aug)

USD – GDP (QoQ) (Q2)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Jul)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Ogos 30

 

 

Data

EUR – CPI (YoY) (Aug)

EUR – Unemployment Rate (Jul)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jul)      
CAD – GDP (MoM) (Jun)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A