83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 April 2019              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 29 – Mei 3

Reviu Pasaran (Forex): April 22 – 26

US Dollar

Indeks dolar telah melanjutkan aliran bullish apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas di tahap 97.75. Penampilan dolar AS telah meningkat susulan dengan data yang optimis dan perkembangan positif diantara AS dan China mengenai rundingan perdagangan.

 

Bagi sepanjang minggu lepas, momentum bullish masih menyokong dolar selepas beberapa data yang kritikal memaparkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Sebagai contoh, data New Home Sales dan Core Durable Goods Orders telah memberi sokongan menaik kepada dolar selepas ia memberi bacaan sebanyak 692K dan 0.4%, lebih baik daripada ramalan iaitu 647K dan 0.2% masing-masing. Data tersebut telah meningkatkan pembelian secara besar-besaran ke atas dolar AS selepas kedua-dua data tersebut memaparkan kekukuhan ekonomi AS. Namun, trend bullish pada dolar telah merosot menjelang akhir minggu lepas susulan dengan data PCE yang suram dan kadar GDP yang tidak “realistik”. Secara telitinya, kadar GDP telah memberi bacaan sebanyak 3.2% dan kebanyakannya adalah akibat daripada peningkatan pelaburan swasta, luar negara dan peningkatan pada net eksport negara sementara kadar perbelanjaan peribadi makin merosot. Penyusutan ini bakal memberi impak kepada kadar inflasi masa depan dan ini mencadangkan bahawa ekonomi AS berkemungkinan untuk mengalami kemelesetan.

 

Selain itu, laporan terkini memaparkan bahawa AS dan China sudi untuk mengambil konsesi bagi mencapai kata sepakat. Kini, kedua-dua pihak bakal berunding semula pada hari Khamis yang akan datang bagi menyelesaikan masalah perdagangan semasa sidang kemuncak G20 di Jepun pada bulan Jun nanti.

 

Secara ringkasnya, indeks dolar telah bertukar dari bearish ke bullish bagi jangka pendek sementara para pelabur menunggu data yang lebih lanjut di dalam minggu ini seperti keputusan kadar faedah dari Fed dan perkembangan perang perdagangan bagi mendapat isyarat mengenai arah aliran dolar.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran Jumaat lepas di kadar 111.55. Yen Jepun telah menerima tekanan bearish yang ketara akibat daripada data yang positif dari AS. Data positif tersebut telah meningkatkan permintaan aset berisiko di dalam pasaran dan ia telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio pelaburan dari aset selamat ke aset berisiko. Namun, Yen Jepun telah berjaya untuk memangkas kerugiannya selepas Ifo Business Climate Index dari Jerman memberi bacaan yang suram sebanyak 99.2 berbanding 99.9. Selain itu, Yen Jepun juga telah melanjutkan kenaikannya walaupun Bank Pusat Jepun mengekalkan kadar faedah di paras yang rendah sehingga tahun 2020 sementara dasar kewangan yang sedia ada dikekalkan.

 

EUR/USD

Euro telah melanjutkan kerugiannya bagi minggu lepas sambil menutup niaganya di paras 1.1140. Pada minggu lalu, euro menerima tekanan menurun yang ketara susulan dengan pembebasan data Ifo Business Climate Index yang lebih suram dari Jerman. Data tersebut telah memberi isyarat bahawa ekonomi EU masih dihantui oleh risiko kemelesetan dan ia telah mencetuskan momentum bearish ke atas pasaran euro. Ini telah mendorong para pelabur untuk memansuhkan pegangan aset mereka ke atas euro. Data negatif dari Jerman ini telah mengesahkan pendapat Bank Pusat Eropah yang lebih dovish. Oleh itu, para pelabur kini akan memberi tumpuan ke atas data ekonomi yang selanjutnya bagi mendapat isyarat mengenai arah aliran euro.

 

GBP/USD

Pound sterling telah mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan dolar sambil menutup pasaran Jumaat lepas di harga 1.2915. Pada awal minggu lalu, pasangan GBP/USd telah menerima tekanan menurun di dalam pasaran kewangan selepas majoriti daripada data dari AS telah memaparkan kekukuhan ekonomi mereka. Selain itu, pound juga mengalami tekanan menurun yang lebih lanjut susulan dengan kebuntuan Brexit selepas pertemuan diantara pemimpin parti Konservatif dan Labor gagal untuk memberi cara penyelesaian. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus ke atas rundingan diantara PM Theresa May dan pemimpin parti pembangkang bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai Brexit.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 22 – 26

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran Jumaat di harga $1,285.75 se troy auns. Aset selamat ini telah melantun dari paras bawahnya pada awal minggu lepas selepas permintaan aset berisiko merosot akibat daripada kebuntuan Brexit dan data ekonomi EU yang suram. Namun, komoditi emas masih mengalami tekanan bearish selepas Venezeula mengumumkan untuk menjual pegangan emasnya sebanyak $400 juta. Kini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data dari AS seperti ADP Nonfarm Employment Change dan Nonfarm Payrolls bagi melihat arah aliran harga emas yang sensitif ke atas dolar.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah beralih kepada momentum bearish sambil menutup pasaran minggu lepas di harga $62.85 setong. Momentum tersebut adalah didorong akibat daripada data yang suram serta kemungkinan Rusia dan OPEC untuk membatalkan pelan pemotongan pada bulan Jun nanti. Untuk sepanjang minggu lepas, harga minyak telah diselubungi oleh pasaran bearish selepas Rusia dan OPEC memaparkan ketidakinginan mereka untuk melanjutkan pemotongan selepas bulan Jun bagi memperoleh semula bahagian pasaran minyak dari AS. Selain itu, data EIA dan API juga memaparkan peningkatan pada stok minyak di AS selepas kedua-dua data tersebut memberi bacaan sebanyak 5.479 juta dan 6.900 juta masing-masing. Data tersebut memaparkan bahawa permintaan minyak telah berkurang dan ia telah menurunkan keyakinan para pelabur terhadap komoditi tersebut. Selain itu, Presiden AS Donald Trump juga telah menuduh OPEC bahawa mereka seharusnya meningkatkan pembekalan minyak bagi menurunkan harga minyak dunia. Harga minyak semasa adalah terlalu tinggi bagi beliau dan isyarat yang disampaikan oleh Trump telah mengakibatkan penurunan yang ketara.

 

Secara lazimnya, pemotongan pembekalan dari OEPC dan sekatan AS ke atas Iran dan Venezuela masih mengehadkan kerugian yang dialami oleh minyak mentah. Namun, kemungkinan Rusia dan OPEC dalam membatalkan pelan pemotongan telah memberikan tekanan bearish ke atas komoditi ini. Justeru, data yang lebih lanjut dari pasaran minyak akan memberikan isyarat yang lebih lanjut kepada para pelabur.

 

 


 

Tinjauan Mingguan: April 29 – Mei 2

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembangan Brexit serta data kritikal seperti ADP Nonfarm Payroll dan NFP untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 29 – Mei 2

Isnin, April 29  

Data

USD – Core PCE Price Index (YoY) (Mar)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Feb)

USD – Core PCE Price Index (YoY) (Feb)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Mar)

 

Acara

GBP – BoE Gov Carney Speaks

 

Selasa, April 30  

Data

CNY – Manufacturing PMI (Apr)

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Apr)

EUR – German Unemployment Change (Apr)
EUR – GDP (QoQ)

EUR – Unemployment Rate (Mar)
CAD – GDP (MoM) (Feb)

USD – CB Consumer Confidence (Apr)

USD –Pending Home Sales (MoM) (Mar)

 

Acara

CAD – BoC Gov Poloz Speaks

 

 

Rabu, May 1  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – Employment Change (QoQ) (Q1)

GBP – Manufacturing PMI (Apr)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr)
USD – Manufacturing PMI (Apr)

USD – ISM Manufacturing PMI (Apr)
CrudeOIL –
Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, May 2  

Data
USD – Fed Interest Rate Decision
EUR – German Manufacturing PMI (Apr)

GBP – Construction PMI (Apr)
GBP – BoE Interest Rate Decision (May)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

USD – FOMC Statement

USD – FOMC Press Conference  
CAD – BoC Gov Poloz Speaks

GBP -BoE Inflation Report
GBP -BoE MPC Meeting Minutes

GBP -BoE Gov Carney Speaks

 

 

Jumaat, May 3

 

 

Data

GBP – Services PMI (Apr)

EUR– CPI (YoY) (Apr)
USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Apr)
USD – Nonfarm Payrolls (Apr)
USD – Unemployment Rate (Apr)
USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr)
USD – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A